PGS – PC Untuk Permainan Komputer Di Dalam Telapak Tangan
Peranti pintar di dalam tangan anda sekarang adalah berpuluh beribu kali lebih berkuasa dari komputer-komputer awal. Sebagai perbandingan, komputer pertama dunia ENIAC yang diperkasakan oleh pemproses sepantas 100 KHz. Selain kepantasan saiz komputer juga semakin mengecil. ENIAC adalah sebesar bilik kecil dan beratnya mencecah 30 tan. Kerana kemajuan teknologi cip dan pengecilan komponen, komputer berkuasa tinggi kini digunakan oleh kita sepanjang hari.
Di dalam dunia permainan komputer, konsol mudah alih seperti Nintento 3DS dan Vita sudah wujud bertahun lamanya. Tetapi bagi peminat permainan PC, konsol mudah alih kompak masih belum wujud. Portable Gaming System (PGS) ialah percubaan mengisi kekosongan ini. Komputer kompak ini dilengkapi skrin 5.7″ QHD AMOLED, diperkasakan pemproses Intel Atom x7-Z8750 , grafik Intel HD Graphics, RAM sebesar 8 Gigabyte dan storan 128 Gigabyte. Terdapat juga skrin sekunder yang berfungsi sebagai papan kekunci sesentuh atau pilihan kawalan tambahan.
Menurut pereka PGS, ini membolehkan konsol mudah alih ciptaan mereka ini memainkan kebanyakan permainan dengan lancar pada resolusi 720P. Ia menggunakan sistem operasi berganda Windows 10 dan Android 6.0. Secara teorinya ini membolehkan ia menjadi platform untuk remote play PlayStation 4, Xbox One dan Steam. PGS masih mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh ditempah pada harga $350 (~RM 1395) sebuah.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29dPGOR
Post a Comment