Ini Adalah Masa Memandu Pulang Yang Sesuai, Selepas Beraya Di Kampung Menurut Waze
Waze merupakan salah satu aplikasi navigasi yang popular dikalangan pengguna tempatan. Di Kuala Lumpur sahaja, terdapat lebih daripada 2 juta pengguna Waze aktif yang menggunakannya ketika memandu.
Dengan penggunaan yang aktif dikalangan pengguna tempatan, Waze juga dapat menganalisa bagaimana pengguna memandu dan bilakah jalan raya kurang sesak. Kini, berdasarkan kepada data yang dikumpulkan melalui Waze pada Hari Raya 2015 yang lepas, kini mereka hadir dengan ramalan untuk Hari Raya 2016 ini.
Menurut Waze, masa yang paling baik untuk anda memandu pulang dari kampung kembali ke Kuala Lumpur adalah sebelum pukul 11 pagi pada hari Ahad 10 Julai, ataupun sebelum pukul 10 pagi sebelum hari Isnin 11 Julai.
Waze turut mengatakan mengikut data sebelum ini, pengguna tidak digalakkan memandu sekitar tengah-hari – memandangkan kebiasaannya trafik meningkat sehingga 262% ketika itu.
Sebagai alternatif, pihak Waze turut mencadangkan pengguna supaya menyertakan tempat yang dituju dan waktu yang mereka ingin tiba di destinasi. Waze seterusnya akan menganalisa dan mencadangkan anda waktu yang sesuai untuk berlepas dari kampung untuk kembali ke bandar.
Untuk pengguna Celcom dan U Mobile juga, pihak Waze bekerjasama dengan kedua-dua syarikat telekomunikasi ini dalam memberikan data percuma sepanjang Hari Raya ini untuk digunakan bersama Waze.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29iwj8A
Post a Comment