Airbnb Dianggap Sah – Kementerian Tiada Perancangan Untuk Draft Undang-Undang Khusus Untuknya
Kabinet baru-baru ini telah mengatakan Grab dan Uber boleh beroperasi di Malaysia, dan perkara ini sekaligus membawa pertanyaan kepada satu lagi perkhidmatan yang semakin meningkat popularitinya dari hari ke hari, iaitu Airbnb.
Bercakap mengenainya, kerajaan mengatakan Airbnb dianggap sebagai sah, dan tiada perancangan untuk draft sebarang undang-undang khusus untuknya – termasuk tiada perancangan untuk menyediakan lesen khusus seperti untuk hotel.
Airbnb adalah salah satu perkhidmatan yang membolehkan pengguna menyewakan bilik atau rumah kepada pengunjung – yang mana menjadi alternatif lebih murah berbanding dengan hotel.
Bercakap mengenai gangguan oleh tetamu Airbnb, kerajaan meminta pengguna menyelesaikannya dengan tuan rumah, dan sekiranya terdapat masalah lebih serius, pengguna boleh membuat laporan kepada polis, SKMM, Jakim dan pelbagai pihak yang berkaitan.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2bQkcT0
Post a Comment