Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sila Kemas Kini Nombor Akaun TNB Anda Sebelum Melakukan Pembayaran Bil Atas Talian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sila Kemas Kini Nombor Akaun TNB Anda Sebelum Melakukan Pembayaran Bil Atas Talian

Perbankan atas talian ialah perkhidmatan yang amat popular dan memudahkan proses pembayaran bil. Kami memberikan arahan automatik kepada bank untuk membayar bil pada tarikh tertentu setiap bulan. Tiada lagi keperluan pergi ke kedai fizikal dan membazir masa beratur untuk melakukan pembayaran. Bulan ini kami akan terkejut apabila menyedari nombor akaun Tenaga Nasional Berhad kami berubah dari bulan sebelumnya. Nombor akaun ini berkurangan kepada 12 angka berbanding 14 sebelum ini. Pihak TNB tidak pernah pula setahu kami mengumumkan pengguna tentang pertukaran kepada nombor baru.

Setelah melakukan panggilan ke pusat perkhidmatan pelanggan, kami dinasihatkan supaya mengubah menggunakan nombor akaun baru. Ini boleh dilihat pada bahagian atas bil elekrtik yang diterima setiap bulan. Pembayaran ke nombor akaun lama masih diterima dan sah cuma akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses. Pertukaran kami hanya sedari untuk bulan Ogos tetapi sebenarnya telah dilakukan sejak bulan Julai.

Mengapa nombor pelanggan berubah tanpa notis tidak pula kami ketahui. Kami menulis artikel ini sebagai peringatan kepada pembaca Amanz supaya segera mengemaskini nombor akaun bil elektrik mereka. Adakah anda pernah menerima sebarang notifikasi dari pihak TNB tentang perubahan nombor akaun ini? Sekiranya ya, menerusi saluran manakah anda diberitahu tentang penukarannya?

Terima kasih @adzra






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2c5bQYa

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.