Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ini Respon Balas Wardina Apabila Ustaz Kazim Buat Laporan Polis Ke Atasnya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ini Respon Balas Wardina Apabila Ustaz Kazim Buat Laporan Polis Ke Atasnya

Ini Respon Balas Wardina Apabila Ustaz Kazim Buat Laporan Polis Ke Atasnya

war

Datuk Ustaz Kazim Elias telahpun membuat laporan polis terhadap aktivis sosial, Syed Azmi dan selebriti tanah air, Wardina Saffiyah kerana telah menyebarkan dakwaan seorang pelajar dicabul di Pusat Pendidikan Maahad Tahfiz Al Barakah miliknya.

Ustaz Kazim Eliaz dan 3 orang lagi termasuk ibu bapa pelajar telah bersama-sama membuat laporan polis kerana ingin membersihkan namanya dan juga reputasi sekolah maahad tersebut.

Ustaz Kazim Elias (UKE) memberitahu beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba mencemarkan imejnya dan pusat pendidikan tersebut dengan menyebarkan fitnah di laman sosial.

Ini komen UKE:

“Saya mengambil keputusan untuk membuat laporan ini kerana mempertahankan diri saya dise­babkan ada komen-komen negatif yang secara langsung dapat disifatkan itu adalah saya,”

“Saya melihat isu ini bukan setakat dakwaan cabul dan gangguan seksual sahaja tetapi usaha untuk mencemarkan imej Islam, sekolah tahfiz dan imej pence­ramah agama.

“Jika melihat ada kecenderu­ngan untuk mencemarkan imej, mengapa tidak diambil tindakan. Saya perlu ambil tindakan untuk membersihkan nama kerana ini menjejaskan reputasi dan air muka saya yang berceramah di seluruh negara.

“Saya akan berbincang dengan pihak sekolah dan peguam untuk mengambil tindakan sekiranya berlaku komplot bagi menjatuhkan sekolah dan saya sendiri,”

Setelah laporan itu dibuat, Wardina telah membuat kenyataan balas melalui laman sosial FB miliknya. Wardian mengatakan dia tidak pernah mendedahkan nama maahad tahfiz dan juga nama Ustaz Kazim Elias.

Bagi Wardina, siasatan ke atasnya hanyalah membuang masa.

Ini komennya:

Honestly, it is a waste of the police’s precious time investigating me and Syed Azmi. Yang dedahkan nama Maahad bukan saya atau Syed Azmi tapi Astro Awani dan Polis. Police should spend more time investigating the allegations made to the Mahaad. We did nothing wrong. Polis report oleh ibu yang terbabit pun saya tak share. Kalau ye pun nak buat polis report…patutnya buat satu lagi polis report keatas ibu tersebut membuat “fitnah”, not me or SA. This is just not right. Good night Malaysia. Unnecessary. So what? Now we can’t share stories of alleged sexual abuse anymore? Ridiculous. No more comments from me. Saya serahkan pada pihak polis.

war1

Harap kes ini dapat diselesaikan dengan baik. -PENMERAHDOTCOM

The post Ini Respon Balas Wardina Apabila Ustaz Kazim Buat Laporan Polis Ke Atasnya appeared first on PenMerah.com.



Sumber : PenMerah.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.