Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dakwaan RM1b dalam akaun PM: Mana bukti, soal TPM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dakwaan RM1b dalam akaun PM: Mana bukti, soal TPM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menuntut agar Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan bukti atas dakwaannya mengenai Datuk Seri Najib Razak mempunyai hampir RM1 bilion dalam akaun bank peribadi.

“Minta beliau kemukakan bukti jika ada,” ujar beliau pada sidang akhbar di Putrajaya, sebentar tadi.

“Beliau tuduh perdana menteri kita, mesti tunjukkan bukti. Jangan membuat tuduhan berdasarkan khabar angin,” jelas Ahmad Zahid lagi.

Semalam, Muhyiddin mendakwa hampir RM1 bilion berada dalam akaun bank peribadi Najib sebelum kemasukan RM2.6 bilion yang dilaporkan secara meluas.

Najib mendakwa AS$ 681 juta yang diterimanya pada Mac 2013 adalah sumbangan daripada ahli keluarga diraja Arab selepas dihebahkan pada Julai tahun lepas.

Muhyiddin berkata beliau mendapat tahu mengenai deposit yang diterima sebelum ‘derma Arab’ itu apabila peguam negara ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail berkongsi maklumat dengannya.

“Sah tuan-tuan. Saya tengok, waktu peguam negara itu ialah Gani Patail. dia tunjuk dengan saya, macam saya nak pengsan ada duit banyak itu dalam akaun Datuk Seri Najib.

“Tengok duit masuk akaun peribadi. Sebenarnya disebutkan peguam negara dahulu, sebelum dia juga nasibnya sama macam saya dipecat, dah ada hampir RM1 bilion dalam akuan Datuk Najib sebelum itu.

“Jadi semua yang disebutkan hampir RM4 bilion dalam akaun perdana menteri. Kamu percaya tak,” soalnya dalam satu ceramah di Ketereh, Kelantan.

Rakaman video ceramah itu dimuat naik di TV Gerakan Harapan Baru dan KiniTV. – Malaysiakini | Foto FMT

KLIK BACA: Mahathir bukan suka gaduh tapi cakap perkara benar dan bijak

KLIK BACA: Mufti Perlis difitnah wahabi, ayat Veteran Umno macam ‘menipu tesis’

KLIK VIDEO: ‘Gani Patail tunjuk duit masuk dalam akaun peribadi Najib, macam nak pengsan’

The post Dakwaan RM1b dalam akaun PM: Mana bukti, soal TPM appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo http://ift.tt/2btuPwZ

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.