Pelajar Tingkatan 3 Maut Jatuh Dari Tingkat 3 Di Sekolah
Pelajar Maut Jatuh Dari Tingkat 3 Sekolah
Seorang pelajar lelaki Sekolah Menengah Presint 9 (2) Putrajaya, maut selepas terjatuh dari tingkat 3 bangunan, pagi tadi ketika waktu persekolahan.
Dalam kejadian jam 9.40 pagi tadi, mangsa bernama Azim Hakimi Bin Abu Shuja, seorang pelajar tingkatan 3 Elit, SMK Presint 9 (2) maut terjatuh dari tingkat tiga selepas cuba mengambil beg rakannya.
Menurut laporan, punca kejadian mangsa cuba mengambil semula beg rakannya yang telah dibuang keluar oleh seorang lagi rakan yang lain.
Menurut sumber pelajar itu cuba menyelamatkan beg namun ketika mangsa melompat keluar, mangsa gagal mengawal diri untuk bertahan dan terus terjatuh ke bawah. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Superitenden Polis, Rosly Hassan, turut mengesahkan kejadian berkenaan.
“Pada jam 11 pagi tadi, pihak polis menghantar mangsa ke Hospital Putrajaya untuk tindakan selanjutnya,” katanya. Polis juga sedang mengambil keterangan beberapa saksi (rakan mangsa) untuk membantu siasatan. -PENMERAHDOTCOM
The post Pelajar Tingkatan 3 Maut Jatuh Dari Tingkat 3 Di Sekolah appeared first on PenMerah.com.
Sumber : PenMerah.com
Post a Comment