Grab Mengintegrasikan Sokongan Permesejan Pada Aplikasi Tempahan Teksi Dan Kenderaan
Grab merupakan salah satu aplikasi yang memudahkan pengguna membuat tempahan teksi atau kenderaan ke sesuatu lokasi. Terkini, pembangunnya turut menguji sebuah fungsi baru, iaitu integrasi permesejan terus pada aplikasi berkenaan bagi memudahkan pengguna dan pemandu berkomunikasi.
Seperti ramai sedia maklum, terdapat sejumlah aplikasi permesejan di pasaran, tetapi GrabChat ini lebih memfokuskan kepada pengguna dan pelanggannya sahaja.
Apabila pengguna membuat tempahan, mereka akan diperlihatkan dengan ikon permesejan bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan pemandu. Ini sekaligus amat berguna sekiranya pengguna ke luar negara dan kekal menggunakan GrabCar atau GrabTaxi. Disamping itu, pengguna juga tidak lagi perlu menambah nombor telefon untuk membolehkan penghantaran mesej melalui WhatsApp dan sebagainya.
Segala mesej yang dihantar dan diterima juga akan terpadam secara automatik selepas pengguna tiba di sesuatu destinasi berkenaan. Dan dalam usaha memudahkan pengguna menaip, beberapa mesej cadangan disediakan untuk pemandu mahupun untuk pengguna.
Buat masa ini, ia masih pada peringkat ujian beta, dan kita mungkin akan melihatnya diperkenalkan secara meluas tidak lama lagi.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2bC88T5
Post a Comment