Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib kagumi keberanian Dr Fauziah, ucap selamat kembali ke Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib kagumi keberanian Dr Fauziah, ucap selamat kembali ke Malaysia

KUALA LUMPUR: “Kagum dgn (dengan) keberanian Dr Fauziah Hassan, hadapi bahaya bg (bagi) bantu mrk (mereka) di Gaza. Alhamdulillah kini beliau slmt (selamat) kembali ke M’sia (Malaysia). Moga dirahmati,” Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkicau di akaun Twitternya @NajibRazak, 10.09 pada Jumaat malam.

Najib kagum dengan keberanian aktivis kemanusiaan Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hassan yang menyertai Women Boat’s to Gaza (WBG) dan beliau bersyukur kerana Dr Fauziah selamat kembali ke tanah air selepas dibebaskan daripada tahanan rejim tentera Israel.

Dr Fauziah ditahan tentera Israel Rabu lepas, bersama 12 aktivitis dari pelbagai negara menaiki Zaytouna-Oliva menuju Gaza.

Tentera marin Israel memintas kapal mereka untuk ditunda ke Pelabuhan Ashdod pada kedudukan 35 batu nautika dari pantai Gaza sekali gus menghalang misi kemanusiaan anjuran Freedom Flotilla Coalition yang ditunggu penuh teruja oleh penduduk pelbagai lapisan usia di pantai Gaza.

Sekembali Dr Fauziah yang menempuh penerbangan dari Tel Aviv, Israel menuju Bangkok, Thailand disambut suaminya di situ, Prof Dr Alauddin Mohd Ali untuk pulang menaiki penerbangan Tiger Air menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Bercakap kepada media, Dr Fauziah menceritakan pengalamannya dipenjara tentera rejim di bilik kecil berukuran 160 sentimer dengan ketinggian 200 sentimeter, muat untuk tiga orang.

Mengaku berasa takut, beliau dikurung seorang diri selepas enggan menandatangani dokumen berkaitan penghantaran pulang (deportation order).

“Kami diberi latihan untuk tidak menandatangani apa apa. Mereka paksa saya untuk tandatangan dan berkata mereka akan hantar saya ke Itali pada malam itu juga,” katanya.

Dr Fauziah mengaku latihan dan persediaan minda serta fizikal banyak membantunya agar tenang menghadapi sebarang ancaman.

“Saya banyak berdoa agar tenang dan tidak takut  dan susah hati… Dan juga tenang apabila menghadapi apa-apa cabaran,” katanya menambah apabila tenang, kita tidak gentar, tidak marah dan kita waras. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.