Hi! Welcome Back and Stay Tune! A. Aida Terkejut Bekas Suami, Ameng Mahu Anak Berhenti Belajar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

A. Aida Terkejut Bekas Suami, Ameng Mahu Anak Berhenti Belajar

A. Aida Terkejut Bekas Suami, Ameng Mahu Anak Berhenti Belajar

ameng-aida

Penerbit drama Datuk A Aida tidak bersetuju dengan bekas suaminya, penyanyi Ameng yang mahu kedua-dua anak perempuan mereka menjadi penyanyi.

Bagi Aida, perkara itu dianggap “kurang waras” kerana dia mahu anak-anaknya berjaya dalam bidang pendidikan terlebih dahulu.

Apatah anak pertamanya bakal bergelar seorang doktor jika berjaya.

Ini komen Aida tentang hal ini:

SIKAP KURANG WARAS

“Saya terkejut apabila anak sulung memberitahu bapa mereka tak mahu dia melanjutkan pelajaran kerana dengan menyanyi saja boleh menjadi kaya. Bagi saya itu satu sikap yang kurang waras.

“Sepatutnya sebagai bapa dia perlu memberi dorongan dan kata-kata semangat, bukannya melemahkan semangatnya. Tambahan pula anak saya kini sedang menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),”

TAK MAHU ANAK TERLIBAT

“Saya tahu anak ada bakat dalam bidang nyanyian tetapi saya tetap menghalang, malah mereka pun tak mahu sebenarnya. Mereka lebih suka jika tidak berada dalam bidang ini. Biarlah saya seorang saja yang terbabit dalam bidang hiburan,”

Sebelum ini Ameng telah merancang menghasilkan album khas yang turut menampilkan tiga anaknya iaitu Wan Az Aleesa, 20, Wan Azevanatassha, 15, dan Wan Amar Haikal, 9.

Wan Az Aleesa dan Wan Azevanatassha ialah anak hasil perkongsian hidup Ameng dengan A Aida dalam perkahwinan pertamanya sebelum bercerai pada 2003. -PENMERAHDOTCOM

The post A. Aida Terkejut Bekas Suami, Ameng Mahu Anak Berhenti Belajar appeared first on PenMerah.com.



Penyumbang : PenMerah.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.