Tradisi Pelik Perkahwinan Menangis
Kebiasaannya, suasana pada hari perkahwinan mana-mana pasangan pengantin semestinya dalam keadaan gembira dan ceria.
Namun, tahukah anda bahawa wujudnya satu budaya perkahwinan yang diadakan dalam suasana yang sangat pelik, pengantinnya 'sengaja' menangis!
Walaupun tradisi ini kedengaran sangat janggal dan pelik bagi kita, budaya tersebut memang benar-benar wujud di selatan negara China.
Amalan pelik ini sudah menjadi kelaziman sehingga akhir pemerintahan Dinasti Qing (1644-1911).
Namun, dengan peredaran zaman dari masa ke semasa menjadikan budaya kahwin menangis semakin dilupakan oleh masyarakat.
Walaupun begitu, masih ada lagi kelompok masyarakat yang mengamalkan tradisi pelik ini iaitu masyarakat Tujia.
Mereka percaya adat turun temurun ini berkemampuan untuk mengukur tahap kebahagiaan rumah tangga yang bakal dibina.
Semakin 'dahsyat' seorang pengantin itu menangis maka semakin bahagia dan gembiralah perkahwinannya.
Bagaimana tradisi pelik ini dijalankan?
Tradisi pelik kahwin menangis ini biasanya dilakukan sebulan sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan.
Bermula dari kiraan masa hari pertama memasuki bulan tersebut, pengantin perempuan wajib melalui adat yang disebut sebagai 'Zuo Tang' yang membawa maksud duduk di dalam dewan.
Tradisi pelik ini akan dilakukan sehinggalah tiba ke hari majlis perkahwinan berlangsung.
Bagaimanapun, bakal pengantin hanya akan dibiarkan menangis bersendirian pada 10 hari pertama sahaja.
Pada hari ke 11, bakal pengantin akan disertai pula oleh ibu kandungnya untuk sama-sama menangis sehinggalah majlis berlangsung.
Selepas 20 hari, pengantin wanita dan ibunya akan disertai pula oleh neneknya.
Dan sekiranya bakal pengantin mempunyai adik-beradik perempuan dan ibu saudara, mereka juga dimestikan untuk menyertai adat pelik kahwin menangis ini sehingga tiba masanya.
Cara menangis pengantin wanita pula tidak ditentukan secara khusus. Mereka diberi kebebasan dengan kaedah menggunakan pelbagai ayat semasa menangis.
Mereka dibenarkan untuk melaungkan sebarang perkataan yang dianggap sebagai 'lagu perkahwinan menangis' yang dipercayai akan membawa suasana yang baik semasa ia dilakukan.
Nyanyian menangis tersebut ditujukan kepada ibu bapa, adik beradik, moyang dan kepada pencari jodoh.
Bakal pengantin perlu melagukan iramanya dengan menggunakan nada paling sedih dan hiba, seolah-olah sedang meratapi kematian.
Suasana ketika itu dikatakan begitu sedih, sehinggakan individu yang paling keras hatinya sekalipun akan mengalirkan air mata.
Sekiranya bakal pengantin wanita itu tidak menangis seperti yang dikehendaki, semua orang akan memandang serong kepadanya.
Malah, lebih teruk lagi dia akan menjadi buah mulut dan bahan ketawa sepanjang hidupnya.
Kerisauan itu biasanya menjadi penyebab kepada bakal pengantin untuk menangis dengan bersungguh-sungguh.
Berlatih Menangis
Untuk memperoleh perasaan sedih ketika melakukan adat pelik ini, seorang wanita akan dilatih sejak berusia 12 tahun oleh seorang pakar menangis.
Mereka akan diajar sehinggalah berusia 15 tahun dan akan meneruskannya bersama rakan-rakan seusia selepas itu untuk melihat siapa yang memiliki tangisan paling menyedihkan.
Ketika berlangsungnya majlis perkahwinan, kumpulan wanita menangis akan disertai oleh semua wanita yang bukan dari ahli keluarga pengantin wanita.
Semuanya akan menangis dengan begitu sedih semasa berlangsungnya majlis perkahwinan.
Tangisan dikatakan benar-benar datang daripada hati dan bukannya dibuat-buat.
Ada diantaranya terlalu sedih disebabkan kecewa dengan rumah tangga sendiri akibat kegagalan perkahwinan masing-masing.
Asal-usul Tradisi Kahwin Menangis
Menurut cerita, tradisi pelik kahwin menangis ini berasal daripada sistem perkahwinan yang tidak berhati perut suatu ketika dahulu.
Ramai gadis dipaksa berkahwin dan bukan diatas kerelaan, maka berlakulah suasana tangisan selama berhari-hari lamanya.
Mereka menyanyi dan menangis dalam masa yang sama sebagai tanda protes ke atas paksaan untuk berkahwin.
Ada juga yang mendakwa ia berasal dari sebuah cerita lama mengenai seorang puteri dari negeri Zhao yang berkahwin dengan putera negeri Yan.
Pemergian puteri mengikut suami menyebabkan ibunya menangis kesedihan kerana terpaksa berpisah dengan anaknya.
Sekalipun kini seorang wanita bebas memilih pasangan hidup untuk berkahwin, masyarakat Tujia masih lagi memilih untuk mengamalkan tradisi pelik kahwin menangis ini.
BACA INI JUGA: Tradisi Pelik Keluarga Tonton 'Aksi' Pengantin Di Malam Pertama!
-SENTIASAPANAS.COM

Contributer : SentiasaPanas http://ift.tt/2fYAidn
Post a Comment