Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dell Mengemaskini Alienware 13 Dengan Spesifikasi Baru Dan Sokongan Realiti-Maya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dell Mengemaskini Alienware 13 Dengan Spesifikasi Baru Dan Sokongan Realiti-Maya

Dell mempunyai sejumlah penawaran komputer riba dibawah keluarga Alienware – dan telah melancarkan Alienware 15 dan juga Alienware 17 secara rasmi di Malaysia sebelum ini. Kini, menambah satu lagi variasi dibawahnya adalah Alienware 13.

Alienware 13 hadir dengan skrin 13.3-inci dan menggunakan paparan pilihan HD, FHD atau QHD. Menjananya adalah cip Intel Core i5 atau i7 (Skylake-H), serta kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060. Dell turut menawarkan pilihan memori sehingga 32GB RAM dan juga storan sehingga 2TB SSD.

Dell Alienware 13

Melengkapkan komputer riba Alienware 13 ini juga adalah sokongan Windows Hello untuk memudahkan log masuk ke Windows, selain turut menyertakan sokongan USB-C padanya.

Dell turut menekankan mengatakan Alienware 13 ini adalah komputer riba bersaiz 13-inci pertama yang hadir dengan sokongan realiti-maya melaluinya. Disamping itu, ia juga membawakan rekaan yang dikemaskini berbanding versi tahun lepas.

Buat masa ini, Dell Malaysia masih memaparkan Alienware 13 yang dikeluarkan pada tahun lepas, dan mungkin menawarkan versi baru ini dalam masa terdekat.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2fv1QoQ

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.