Samsung Mungkin Memperkenalkan Galaxy S8 Sekitar April 2017
Samsung mempunyai dua telefon pintar utama mereka, iaitu satu dibawah keluarga Galaxy S, dan satu lagi dibawah keluarga Galaxy Note. Sering kali kita melihat Samsung memperkenalkan kemaskini untuk keluarga Galaxy S sekitar bulan Februari atau Mac, tetapi untuk tahun 2017, ia mungkin hadir sedikit lewat.
Menurut laporan WSJ, Samsung dikatakan menyasarkan untuk memperkenalkan Galaxy S8 sekitar bulan April kelak. Samsung dikatakan menangguhkan sedikit pelancaran dalam memastikan produk baru mereka akan benar-benar mencuri hati pengguna.
Salah satu fungsi yang baru dijangka hadir adalah integrasi pembantu maya dengan sokongan kecerdasan pintar. WSJ turut mengatakan Samsung sedang menguji sebuah butang khusus pada peranti berkenaan bagi memudahkan akses kepada pembantu maya berkenaan. Tetapi masih belum pasti sama ada ia akan hadir diintegrasikan pada produk akhir kelak.
Mungkin dengan minggu-minggu akan datang, kita akan mendengar lebih lanjut mengenai Galaxy S8 ini.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2fv6SoI
Post a Comment