Hi! Welcome Back and Stay Tune! HireMe – Laman Resume Untuk Pengaturcara Dan Pereka Grafik Dari Pembangun Tempatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HireMe – Laman Resume Untuk Pengaturcara Dan Pereka Grafik Dari Pembangun Tempatan

Terdapat beberapa laman di arena internet yang memfokuskan untuk memudahkan pengguna membuat resume. Terkini, dengan fungsi yang lebih kurang sama, tetapi lebih memfokuskan kepada pengaturcara dan juga pereka grafik daripada salah seorang pembangun tempatan adalah HireMe.

Melalui HireMe, sesiapa sahaja boleh mendaftarkan akaun percuma, dan melihat resume pengguna lain, atau membuat resume anda sendiri. Memandangkan ia memfokuskan kepada pereka grafik dan juga pengaturcara, laman HireMe ini hanya mengehadkan pilihan kepakaran seseorang kepada beberapa kategori sahaja seperti PHP, HTML, CSS, UX, UI dan sebagainya.

HireMe

Disamping membuat resume sendiri, pengguna juga turut boleh melihat resume dan kepakaran pengguna lain yang turut berdaftar di laman berkenaan. Perkara ini mungkin memudahkan seseorang pengaturcara atau pereka grafik atau sesiapa sahaja merujuk laman ini sekiranya ingin mendapatkan khidmat daripada mereka.

Setiap resume juga hadir dengan sokongan pautan khusus yang boleh dikongsikan bersama lain melalui laman sosial dan sebagainya.

Menurut pembangunnya, Mohd Izuddin, laman ini kelak akan turut mengintegrasikan beberapa ciri-ciri tambahan lain termasuk sokongan untuk mencetak dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan akaun percuma anda hari ini, dan mula membuat resume anda melaluinya.

HireMe

Layari : HireMe






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2gg7R9Q

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.