Hi! Welcome Back and Stay Tune! Husam: Amanah bangkit untuk rakyat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Husam: Amanah bangkit untuk rakyat

Tengku Mohamed Yahya Petra diraikan di majlis konvensyen Amanah Kelantan

Parti Amanah Negara (Amanah) bangkit untuk berbakti kepada rakyat dan bersama mereka menyelesaikan apa sahaja masalah yang dihadapi.

Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa berkata keyakinan ini menyebabkan di mana pun pemimpin Amanah ditemui mereka bercakap mengenai usaha mengubah kerajaan di Putrajaya atau Kota Bharu.

“Tugas terpenting kita sekarang ialah merealisasikan hasrat rakyat kerana beban akibat salah urus kerajaan sekarang amat berat untuk ditanggung,” katanya ketika berucap di majlis konvensyen tahuhan Amanah Kelantan di Wisma tok Guru, Salor, pagi tadi.

Beliau berkata, terdapat beberapa kategori golongan yang menyokong gerakan perubahan yang dibawa Amanah sekarang.

“Kita berterima kasih kepada mereka yang berterus terang menyokong dengan menjadi ahli dan memberi segala bantuan kepada kita.

“Namun kita perlu sedar ada di kalangan penyokong kita yang terpaksa menangguh untuk mezahirkan sokongan kerana masih berkerja dengan kerajaan yang ada.

“Jangan putuskan hubungan dengan mereka, ziarahi mereka dan jangan sekali-kali putuskan silaturrahim,” katanya.

Beliau seterusnya mengulas mengenai akhlak yang dikatakan sebagai punca sebenar wujudnya Amanah.

“Saya masih ingat pesan almarhum Tok Guru Nik Aziz yang mengingatkan akhlak adalah cerminan hati, perlakuan buruk yang tidak berakhlak adalah lambang kebusukan hati seseorang,” katanya.

Selain sebab lain kewujudan Amanah katanya, ia juga akibat kemunculan satu golongan baru dalam Pas terutama yang balik dari Mesir dan kebanyakannya menampilkan akhlak buruk dalam berjemaah.

“Mereka ini tanpa ada pengetahuan mengenai sejarah perjuangan atau mengenali pimpinan yang telah lama berjuang bersikap biadab dan amat mengejutkan kononnya merekalah penjaga Islam baru yang jelas tiada akhlak dalam ucapan, penulisan atau perlakuan,” katanya.

Beliau menasihatkan anggota Amanah agar mengambil langkah menjahuhi perlakuan mereka hingga terlibat dengan fitnah dan mencaci maki orang lain.

Majlis perasmian konvensyen Amanah Kelantan itu dihadiri hampir 200 perwakilan dan pemerhati dari semua kawasan parlimen negeri itu.

Turut menyampaikan ucapan adalah Pengerusi Amanah Negri Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah manakala upacara perasmian disempurnakan Ketua Biro Antarabangsa Amanah Nasional, Raja Bahrin Shah. – Malaysia Dateline

KLIK BACA: Betulkah Nazir Najib yakin tidak takut atau bersalah kerana benar? – Shahbudin Husin

KLIK VIDEO: Semoga api terus membakar Israel, kata Sheikh Mishary

KLIK BACA: Rani Kulup beri amaran keras kepada Myanmar – Rohingya

KLIK BACAAnak Tajuddin menang bidaan Prasarana projek bernilai RM1.1 bilion

KLIK BACA: Kerajaan tidak akan membenarkan sekolah kebangsaan menjadi “terlalu Islamik”– Menteri Pendidikan

KLIK BACA: Siapa suami Maria Chin [Yunus Lebai Ali] apakah benar mereka dikaitkan dengan CIA

KLIK BACAAnak Tajuddin menang bidaan Prasarana projek bernilai RM1.1 bilion

KLIK VIDEODr Mahathir: Kalau tak kerana Najib, Malaysia lebih maju berbanding Singapura

TUN MAHATHIR: ‘Benarkanlah perundangan dilaksana dalam perbicaraan mahkamah keadilan’

The post Husam: Amanah bangkit untuk rakyat appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo http://ift.tt/2g34iGw

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.