Rohingya: Yakinlah dengan pertolongan ALLAH
KUALA LUMPUR – “Perlu yakin bahawa pertolongan ALLAH itu akan datang”, demikian doa dan harapan Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan terhadap kekejaman yang dilalui etnik Rohingya di Myanmar.
“Benar! Hari ini kita berkumpul dan berada di sini dengan jumlah yang kecil berbanding musuh di sana yang lebih ramai.
“Musuh dengan tanpa prikemanusiaan membakar umat Islam.. membunuh.. merogol wanita!,” katanya.
“Kita yakin! Suatu hari pertolongan dari ALLAH itu akan sampai dan umat Islam perlu bangkit. Bangkut hulurkan pertolongan bagi membantu mereka saudara kita. InsyaALLAH,” katanya pada Himpunan Solidariti Ummah di Masjid Negara, hari ini lapor Sinar Harian.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nor Azli Musa turut berkongsi sedih dengan penderitaan dan kesengsaraan bukan sahaja terhadap umat Islam Rohingya, namun umat Islam di Palestin dan Syria.
Kerajaan Malaysia katanya, tidak harus memekakkan telinga dengan kezaliman yang berlaku.
“Bayangkan keadaan mereka di sana dengan pembunuhan yang berlaku, hilang tempat tinggal dan keluarga.
“Hari ini, saya menyeru kita semua tanpa mengira apa parti politik atau pun badan bukan kerajaan (NGO) bersatu hati untuk membantu dan menghulur bantuan terhadap golongan yang terus dizalimi itu,” katanya.
KLIK BACA: Betulkah Nazir Najib yakin tidak takut atau bersalah kerana benar? – Shahbudin Husin
KLIK VIDEO: Semoga api terus membakar Israel, kata Sheikh Mishary
KLIK BACA: Rani Kulup beri amaran keras kepada Myanmar – Rohingya
KLIK BACA: Kerajaan tidak akan membenarkan sekolah kebangsaan menjadi “terlalu Islamik”– Menteri Pendidikan
KLIK BACA: Siapa suami Maria Chin [Yunus Lebai Ali] apakah benar mereka dikaitkan dengan CIA
KLIK BACA: Anak Tajuddin menang bidaan Prasarana projek bernilai RM1.1 bilion
KLIK VIDEO: Dr Mahathir: Kalau tak kerana Najib, Malaysia lebih maju berbanding Singapura
TUN MAHATHIR: ‘Benarkanlah perundangan dilaksana dalam perbicaraan mahkamah keadilan’
The post Rohingya: Yakinlah dengan pertolongan ALLAH appeared first on Malaysia Stylo.
Penyumbang : Malaysia Stylo http://ift.tt/2fyOcAJ
Post a Comment