Pemuda Umno Pulau Pinang tidak akan berdiam diri jika pemimpin diusik
GEORGETOWN – Pemuda Umno Pulau Pinang menafikan dakwaan mengatakan mereka sengaja membuat kacau selain bertindak samseng ala gangster di pameran solo hasil karya kartunis terkenal, Zunar di Komtar semalam.
Ketuanya, Rafizal Abdul Rahim [gambar] berkata, kenyataan Ketua Penerangan AMK Bayan Baru, Nurul Ilfiq Zulkifli kononnya Pemuda Umno Pulau Pinang mengganggu pameran berkenaan adalah fitnah.
Menurutnya, tuduhan mengatakan kumpulan itu merosakkan beberapa peralatan lukisan di situ juga tidak benar.
“Ingin saya tegaskan, yang hadir semalam bukan sahaja Pemuda Umno Pulau Pinang tetapi rakyat negeri ini yang bencikan kepimpinan negeri yang dipimpin DAP. Abdul Malik perlu cermin sendiri kepimpinan DAP sebelum mahu mendakwa Pemuda Umno bersikap jelik.
“Kepimpinan DAP lebih jijik sebab itu mereka membenarkan Zunar mengadakan pameran lukisan kartun di Komtar yang penuh dengan penipuan dan fitnah keji. Pemuda Umno Pulau Pinang tidak akan berdiam diri sekiranya pemimpin kami diusik dan kami akan terus memperjuangkan kebenaran,” katanya.
Semalam, pameran lukisan Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque yang diadakan secara terbuka di tingkat 2, Bangunan Komtar di sini terpaksa dihentikan selepas berlaku kekecohan antara sekumpulan pemuda dan penganjurnya kira-kira jam 3 petang.
Susulan daripada itu, Pemuda Umno Pulau Pinang membuat laporan polis berhubung pameran itu yang didakwa biadap dan provokasi kerana mempamerkan pelbagai lukisan disifatkan tidak menghormati pemimpin negara. – Sinar Harian
KLIK BACA: Betulkah Nazir Najib yakin tidak takut atau bersalah kerana benar? – Shahbudin Husin
KLIK VIDEO: Semoga api terus membakar Israel, kata Sheikh Mishary
KLIK BACA: Rani Kulup beri amaran keras kepada Myanmar – Rohingya
KLIK BACA: Kerajaan tidak akan membenarkan sekolah kebangsaan menjadi “terlalu Islamik”– Menteri Pendidikan
KLIK BACA: Siapa suami Maria Chin [Yunus Lebai Ali] apakah benar mereka dikaitkan dengan CIA
KLIK BACA: Anak Tajuddin menang bidaan Prasarana projek bernilai RM1.1 bilion
KLIK VIDEO: Dr Mahathir: Kalau tak kerana Najib, Malaysia lebih maju berbanding Singapura
TUN MAHATHIR: ‘Benarkanlah perundangan dilaksana dalam perbicaraan mahkamah keadilan’
The post Pemuda Umno Pulau Pinang tidak akan berdiam diri jika pemimpin diusik appeared first on Malaysia Stylo.
Penyumbang : Malaysia Stylo http://ift.tt/2fkmwnI
Post a Comment