Hi! Welcome Back and Stay Tune! iPad Baru Bersaiz 10.9-inci Mungkin Tidak Menyertakan Butang Home Di Hadapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

iPad Baru Bersaiz 10.9-inci Mungkin Tidak Menyertakan Butang Home Di Hadapan

Beberapa desas-desus sedia mengatakan Apple akan hadir dengan tiga variasi saiz untuk iPad pada tahun hadapan, termasuk salah satunya adalah iPad bersaiz 10.9-inci. Kini, laporan lanjutan hadir, mengatakan iPad bersaiz 10.9-inci ini mungkin tidak akan menyertakan butang Home fizikal.

iPad bersaiz 10.9-inci ini dikatakan akan membawakan saiz fizikal sebesar iPad bersaiz 9.7-inci yang terdapat di pasaran hari ini, tetapi dengan menggunakan rekaan bingkai yang lebih nipis, ia bakal menawarkan skrin sebesar 10.9-inci. Mungkin perkara ini juga membuatkan Apple akan membuang butang fizikal dan menggantikan ia dengan fungsi lebih kurang sama disebalik kaca.

Dengan perubahan ini, iPad baru dikatakan mungkin sedikit tebal – tetapi mungkin tidak jauh bezanya berbanding iPad hari ini. Apple dijangka memperkenalkan tablet terbaru mereka pada pertengahan pertama 2017 ini.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2fJgpYJ

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.