Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nasihat simple (tapi power) yang semua owner wajib tahu sebelum jual rumah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nasihat simple (tapi power) yang semua owner wajib tahu sebelum jual rumah

Sampai satu masa, kita akan jual jugak rumah yang kita miliki.

Untuk tujuan apa, itu bukan hal Tok. Harap-harap korang jual rumah untuk tujuan yang suci

lagi murni (macam iklan sabun basuh baju pulak. Hehe).

Kesilapan ramai orang adalah mereka tak ambil tahu dulu apa yang mereka patut tahu.

Sebab jual rumah bukan macam jual kelapa parut kat kedai. Ada banyak proses dan perkara yang wajib kita kena ambil tahu.

Sebelum korang jual rumah tu, baik korang hadamkan dulu nukilan Tuan Mohd Fadhli Mohd Fauzi yang power ni. In shaa Allah korang boleh elak kerugian yang banyak.

Apa yang patut kita ambil tahu sebelum menjual rumah?

Pagi ini ada kawan saya bertanya.

Katanya, kawan dia nak jual rumah sebab nak kurangkan komitmen dan nak beli rumah lebih murah dengan duit untung yang ada.

Buat masa ini hanya itu je hartanah yang dia ada, tapi sekarang sedang duduk menyewa.

Sebelum nak jual rumah, kena buat beberapa perkara dulu sebelum boleh putuskan sama ada berbaloi atau tak.

#1: Semak dulu market value semasa rumah


Ada banyak cara yang korang boleh buat untuk tujuan ini.

Salah satu cara adalah dengan dapatkan verbal valuation dengan cara walk-in ke bank, dan minta bantuan banker tanya panel valuer mereka.

Atau kalau ada kawan yang kerja sebagai valuer, tanya terus kat mereka.

Paling cikai, tengoklah berapa average harga rumah yang lebih kurang serupa di kawasan yang sama. Gunakan laman web seperti mudah.my atau propwall.my.

#2: Pergi ke bank dan dapatkan statement full settlement


Pergi ke bank yang bagi loan dan minta statement berapa full settlement, iaitu baki yang perlu dibayar untuk langsaikan hutang rumah (yang korang nak jual tu).

#3: Kira untung kasar yang anda boleh buat


Kiralah berapa keuntungan kasar daripada jualan rumah tersebut. Itu pun kalau dapat jual pada market value.

Contoh market value RM300,000, full settlement RM250,000, maka untung kasar korang adalah lebih kurang RM50,000.

Kalau nak jual rendah daripada market value, contohnya RM280,000, untung kasar korang sekitar RM30,000 la.

Okay. Kita assume untung kasar yang korang dapat adalah RM50,000.

#4: Masih ingat RPGT?


Kalau rumah tu belum sampai tempoh edah 5 tahun, masa jual nanti akan kena RPGT.

Kecuali kalau korang gunakan pengecualian sekali seumur hidup tu. Tapi benda ni sekali seumur hidup je tau. Baik fikir masak-masak dulu sebelum guna.

Katakan rumah tu dah 4 tahun, RPGT 10%. Bermakna RPGT kasar ialah 10% daripada RM50,000 (untung yang korang dapat kat atas tadi).

Ada banyak aspek RPGT yang lain, tapi tak sempat cerita. Kita assume RPGT yang korang kena bayar sebanyak RM5,000.

#5: Cara kira untung bersih


Jadi, untung separa bersih adalah RM50,000 – RM5,000 = RM45,000.

Lepas tolak kos2 lain contohnya guaman dan repair apa yang patut, bolehlah untung RM40,000.

Ini kiraan kasar je tau. Sebab fine details bergantung kat setiap kes yang berbeza.

Berbaloi ke tak untung RM40,000 tu?

Entah. Bergantung kepada matlamat tuan rumah la. RM40,000 tu boleh je buat bayar deposit sebuah rumah lebih murah, atau beberapa rumah lain. Game tak sama.

Yang ni, tuan empunya badan kena fikir sendiri berbaloi ke tak.

Ada orang untung RM30,000 pun cukup dah. Ada orang lain untung RM300,000 pun masih tak cukup-cukup.

Suka hati korang la. Rumah korang, kan?

Jangan pula main letak harga ikut suka. Takut lepas dah sign S&P baru perasan. Rupanya harga jual tak cover pun full settlement. Memang jadi yuran pengajaran korang la.

Semua ini antara perkara yang penting untuk kita semua ambil tahu sebelum jual rumah.

Bila dah hadam semua ni sampai habis, Tok nak korang buat kira-kira sendiri. Tengok sama ada berbaloi tak untuk korang jual atau sebaliknya.

Ada jugak kes yang tak buat untung langsung bila jual rumah. Tok tak nak korang tergolong dalam kategori ni ya.

The post Nasihat simple (tapi power) yang semua owner wajib tahu sebelum jual rumah appeared first on GilaHartanah.com.



Sumber : GilaHartanah.com http://ift.tt/2fts9jw

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.