Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nama-nama 9 Anak Syaitan Beserta Tugasnya Yang Ramai Tak Tahu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nama-nama 9 Anak Syaitan Beserta Tugasnya Yang Ramai Tak Tahu

Syaitan merupakan makhluk ciptaan Allah SWT yang tugas utamanya adalah menggoda manusia ke arah lembah kesesatan sebagai temannya nanti di akhirat. Syaitan akan melakukan berbagai macam cara untuk menyesatkan umat manusia di dunia ini.

Syaitan boleh juga diibaratkan sebagai makhluk yang jahat, membangkang, tidak taat, suka berbuat maksiat, suka melawan aturan, atau semacamnya.

Jumlah syaitan akan terus berkembang biak sejak dari awal diciptakannya sampai tibalah hari kiamat nanti. Dikhabarkan bahwa mahkluk ciptaan Allah tersebut tidak pernah mengalami kematian seperti manusia.

Berikut adalah nama-nama berserta tugas setiap anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar / kedai menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu (membazir)

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/ raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan sehingga terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol dan suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat seperti di kelab mlm dan tempat-tempat maksiat.

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan dan dekat manusia yang suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan darjat.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, umpatan, kutukan dan apa sahaja perkataan yang tidak baik.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga seperti suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi.

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadah yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.



Sumber : Oh My Media TV http://ift.tt/2fypdm9

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.