Pembaca Kad SD Tidak Ada Pada MacBook Baru Kerana Ia “Rumit Untuk Digunakan”
Tindakan berani Apple apabila melancarkan MacBook Baru minggu ini ialah hanya menyertakan port USB-C dan membuang kesemua port-port lain yang wujud sebelum ini. Sebagai ganti pengguna perlu membeli penyesuai-penyeusai yang dijual mereka untuk mendapat semula port USB-A, HDMI dan pembaca kad SD. Di dalam temuramah bersama Independant, Phillip Schiller Naib Presiden Kanan Apple mengatakan pembaca kad SD tidak lagi disertakan kerana ia rumit digunakan.
Kad SD yang dimasukkan ke dalam slot juga terkeluar daripada slot . Beliau menambah lagi teknologi pemindahan data dari kamera secara tanpa wayar kini sudah wujud. Oleh itu menyokong sistem pemindahan tanpa wayar ini dan penggunaan penyesuai dipilih oleh Apple.
Bagi pengguna yang memerlukan pembaca kad terbina keputusan Apple ini pastinya mengecewakan tetapi Apple adalah syarikat yang gemar mempelopori teknologi baru dan menghentikan sokongan teknologi lama berbanding syarikat lain.
Artikel – 5 Teknologi Yang Dibunuh Dengan “Berani” Oleh Apple
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2eXlNaU
Post a Comment