Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amanah Tak Kenal Individu Yang Mengkritik Yang Dipertuan Agong - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amanah Tak Kenal Individu Yang Mengkritik Yang Dipertuan Agong

Amanah Tak Kenal Individu Yang Mengkritik Yang Dipertuan Agong

agong
Menerusi sinar online harini, pihak Amanah melaporkan pihaknya tidak dapat mengenal pasti individu yang mengeluarkan status di laman sosial facebook mengkritik serta menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Menurut Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, pihaknya tidak pernah melihat atau bertemu individu tersebut dan seluruh pimpinan pemuda di setiap kawasan bagi mengenal pasti lelaki itu.

“Kita dah minta pimpinan pemuda di peringkat kawasan untuk semak siapa individu berkenaan kerana kita memang tak pernah lihat dia sebelum ini. Dan semakan status keahlian individu itu masih dilakukan,” jelasnya.

Semalam, seorang pengguna laman sosial facebook yang dipercayai penyokong Amanah, Mohd Faiz mengeluarkan kenyataan mempertikaikan tindakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang dilihat gemar beribadah dan menunaikan solat di beberapa masjid

Apabila ditanya sama ada penularan kenyataan terbsbit merupakan serangan musuh politik, Shazni berkata, pihaknya tidak mahu membuat sebarang spekulasi.

Dalam posting terbaru di Facebook, Mohd Faiz memohon maaf kepada Agong dan seluruh rakyat Malaysia di atas kekilafan staus facebooknya itu.

Menurut Faizberkata, tujuannya hanya menyampaikan buah fikiran di dalam media sosial dengan semangat anak muda inginkan perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik.

“Langsung tiada niat diri ini menghina YDPA dan institusi raja-raja, adapun cuma mahu melihat kuasa Majlis Raja-Raja diperkukuhkan dalam menjaga institusi Islam dan Melayu di Malaysia. Itu dimaksudkan dengan Kesalehan Sosial yang saya suarakan sebelum ini,” jelasnya.

The post Amanah Tak Kenal Individu Yang Mengkritik Yang Dipertuan Agong appeared first on PenMerah.com.



Penyumbang : PenMerah.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.