Tips Penting Yang Wajib Anda Lakukan Lepas Tukar Kad Debit Paywave
Tips Penting Yang Wajib Anda Lakukan Lepas Tukar Kad Debit Paywave
Isu tukar kad debit untuk kesemua bank di malaysia sudah pun kita maklum bagi menggantikan kad ATM yang sedia ada.
Apabila anda menukar kad baharu ini,ia membolehlan proses pembayaran dengan hanya perlu sentuhkan kad pada terminal dan duit anda akan ditolak dari akaun. Ia membolehkan serta memudahkan pengguna dengan hanya menyentuh kad, tanpa perlu memasukkan nombor pin.
Tetapi, anda harus berhati-hati kemungkinan kad anda boleh digunakan oleh pihak tetrtentu tanpa pengetahuan anda amat lah tinggi, lebih-lebih lagi jika dompet anda dicuri,dimana kad anda boleh diakses oleh pencuri dengan senang sekali.
Untuk mengelakkan berlakunya perkara tersebut , saudara Anwar Badroldin telah kongsikan tip yang boleh dilakukan dalam mengelakkan kehilangan wang dari kad debit baru anda tanpa disedari. Tips perkongsian yang amat berfaedah dan patut diambil tahu.
TIPS berguna untuk pemegang kad debit baharu.
Bermula 1.1.2017 semua kad debit dan kredit hanya akan gunakan sekuriti PIN menggantikan tandatangan.
Bagi yang dah tukar ke Debit Kad yang baru, anda perasan tak dalam kad baru telah ditambah fungsi Contactless Transaction (Paywave) yang membolehkan transaksi TANPA masukkan SEKURITI PIN untuk belian RM250 kebawah.
Dengan Contactless Transaction, anda hanya perlu sentuhkan kad pada terminal dan duit anda akan ditolak dari akaun. Nilai maksimum untuk setiap transaksi adalah RM250. (Amount Bank Standard Chartered)
Bayangkan kalau anda ada 4 kad debit yang baru dari bank yang berlainan, anda akan kehilangan RM1000 jika wallet anda hilang atau dicuri.
Bagaimana nak atasi masalah ini?
Perkara pertama setelah dapat kad debit yang baru
1. Hubungi pusat servis bank yang mengeluarkan kad debit anda dan bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan mereka
2. Minta mereka berikan amount Contactless Transaction untuk kad anda.
3. Minta pihak bank hapuskan atau kurangkan nilai Contactless Transaction kad anda.
4. Pihak bank akan mengambil masa 3 hari waktu bekerja untuk kemaskini sistem ini.
5. Hubungi pihak bank selepas 3 hari untuk pastikan Contactless transaction telah dihapuskan atau nilai telah dikurangkan.
Bagi aku biar leceh sikit kena masukkan sekuriti pin bagi setiap transaksi daripada tau tau duit susut dalam akaun tanpa kita sedar. RM250 kecil bagi sesetengah orang tapi besar bagi aku.
Benda ni penting bagi aku dan aku rasa dah jadi tanggungjawab untuk aku share benda ni pada orang lain.
Please share kalau rasa bermanfaat untuk kawan-kawan lain.
Assalamualaikum
Anwar Badroldin
Diharap dengan adanya tips dari perkongsian ini dapat membantu rakyat malaysia agar lebih berhati-hati menjaga kad debit masing-masing
The post Tips Penting Yang Wajib Anda Lakukan Lepas Tukar Kad Debit Paywave appeared first on PenMerah.com.
Penyumbang : PenMerah.com
Post a Comment