Hi! Welcome Back and Stay Tune! Clash Of Clans Diharamkan Di Iran Kerana Menggalakkan Keganasan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Clash Of Clans Diharamkan Di Iran Kerana Menggalakkan Keganasan

Permua Clash of Clans ialah antara yang paling popular tahun ini dengan lebih 20 Juta pemain aktif setiap hari. Kepopularannya kemudian membolehkan Clash Royale dihasilkan dan seperti dijangkakan turut menerima sambutan luar biasa. Permua ini dipercayai menjana hampir $1 Juta sehari kepada pembangunnya Supercell.

Kepopularannya menyebabkan ia kini diharamkan di Iran. Jawatankuasa Menentukan Kewujudan Kandungan Jenayah Iran mengeluarkan arahan pengharaman Clash of Clans kerana ia mengandungi unsur yang menggalakkan keganasan serta peperangan di antara berlainan suku. Akses kepada CoC kini mula dihalang kepada pemain di Iran. Ini pastinya mengecewakan mereka kerana 64% peminat permua di Iran adalah pemain CoC.

CoC bukanlah permainan pertama yang menerima pengharaman di negara Farsi ini. Sebelum ini Pokemon GO menerima nasib yang sama kerana penggunaan sistem GPS didakwa boleh digunakan untuk tujuan intipan ke atas Iran.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2ho9Vfy

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.