Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Ura-Ura) Samsung Mungkin Menawarkan S-Pen Sebagai Aksesori Tambahan Untuk Galaxy S8 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Ura-Ura) Samsung Mungkin Menawarkan S-Pen Sebagai Aksesori Tambahan Untuk Galaxy S8

Samsung sedia menguji beberapa prototaip berbeza untuk telefon pintar akan datang mereka, membuatkan pelbagai desas-desus berkaitan Galaxy S8 kedengaran. Kini, laporan baru hadir mengatakan pengeluar peranti terkemuka dari Korea Selatan berkenaan mungkin menawarkan S-Pen sebagai aksesori tambahan untuk Galaxy S8.

Samsung Galaxy Note 7

Kesahihannya masih tidak diketahui lagi. Namun, sekiranya Samsung menawarkan Galaxy S8 Plus yang bersaiz besar, maka penyertaan sokongan stylus sebagai aksesori tambahan mungkin akan diminati penggunanya. Seperti biasa, pengguna yang berminat perlu mendapatkannya secara berasingan – lebih kurang seperti pelbagai aksesori lain yang ditawarkan oleh Samsung.

Selain daripada itu, ia juga mungkin akan mendapat perhatian para peminat siri Note yang mungkin perlukan telefon pintar dengan sokongan stylus.

Apa pun, memandangkan Samsung menguji pelbagai jenis prototaip pada sesuatu masa, ada juga kemungkinan perkara ini tidak direalisasikan.

Samsung diperkatakan mungkin memperkenalkan Galaxy S8 sekitar bulan April 2017 kelak.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2hn16CQ

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.