Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gionee M2017 Dilancarkan Dengan Dwi Kamera, Skrin Dwi Lengkung Dan Dwi Bateri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gionee M2017 Dilancarkan Dengan Dwi Kamera, Skrin Dwi Lengkung Dan Dwi Bateri

Dwi kamera ialah fungsi paling popular sepanjang 2016. Walaupun diperkenalkan oleh HTC One M8 beberapa tahun yang lalu, fungsi kamera berkembar ini hanya mula mendapat perhatian pengguna sejak Huawei P9 dengan kamera Leica memasuki pasaran. Sejak itu semakin banyak peranti premium mula menggunakannya. Di China Gionee M2017 dilancarkan dan ia bukan sahaja dilengkapi dwi kamera malahan mempunyai skrin dwi-lengkung serta dwi bateri.

Dua bateri 3500 mAh disertakan di dalam peranti premium ini dan menyokong pengecasan pantas QuickCharge 3.0. Gionee M2017 dilengkapkan skrin 5.7″ QHD AMOLED, pemproses Snapdragon 652, RAM sebesar 6 Gigabyte dan storan 128/256 Gigabyte.

Kamera belakang berkembar 13+12 Megapixel digabungkan dengan kamera hadapan 8-Megapixel. Selain daripada itu keseluruhan tubuh peranti diperbuat daripada logam dengan panel belakang diperbuat daripada kulit. Peranti ini mensasarkan golongan yang mahukan peranti premium dan dijual pada harga bermula RMB 6999 (~RM 4510) sebuah.

 






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2i6WlkL

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.