Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kotak Carian Diramalkan Mungkin Hilang Dalam Sedekad Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kotak Carian Diramalkan Mungkin Hilang Dalam Sedekad Lagi

Dalam dunia web hari ini, salah satu perkara utama yang menjadi fokus adalah kotak carian. Google sendiri terkenal disebabkan oleh kotak carian mereka, selain pelbagai laman mempunyai ruangan kotak carian untuk memudahkan proses carian. Namun, kini melalui bancian ringkas yang dilakukan dikalangan pengkaji Microsoft, salah seorang meramalkan kita mungkin tidak akan melihat kotak carian lagi menjelang 2027 kelak.

Sebaliknya, berbanding dengan kotak carian, kita mungkin akan melihat ia digantikan dengan sokongan berasaskan konteks. Seperti ramai sedia maklum, pada hari ini sendiri, menggunakan peranti mudah-alih, pengguna sudah mula melakukan carian melalui arahan suara dan bukannya menaip pada kotak carian.

Disamping itu, peranti seperti Amazon Echo dan Google Home turut menggunakan input berasaskan suara, berbanding perlu menaip pada kotak carian seperti kebiasaan.

Perkembangan dunia pembelajaran mesin dan kecerdasan pintar dijangka akan membantu dalam perkara ini. Carian pada masa akan datang juga dikatakan akan turut mengambil data seperti lokasi, kandungan, aktiviti dan sebagainya berkaitan kita dalam memaparkan sesuatu hasil carian.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2gcyTRF

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.