Lenovo P2 Dengan Bateri 5100mAh Kini Di Malaysia – Berharga RM1299
Lenovo Malaysia nampaknya telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru berspesifikasi pertengahan untuk pasaran tempatan, iaitu Lenovo P2. Melalui peranti ini, ia dilihat Lenovo memfokuskan kepada penawaran bateri yang lama melalui bateri terbina berkapasiti 5100mAh.
Peranti bersaiz 5.5-inci ini dilengkapi dengan skrin Super AMOLED, cip pemprosesan Snapdragon 625, dan hadir dengan memori sehingga 4GB RAM. Pada bahagian hadapan, ia menyertakan pengimbas cap jari, serta kamera 5-megapixel. Kamera 13-megapixel disertakan pada bahagian belakang untuk rakaman gambar lebih baik.
Dari segi sistem operasi, ia menggunakan Android 6.0 Marshmallow dengan penambahan antaramuka khusus daripada Lenovo. Seperti kebanyakkan peranti berspesifikasi pertengahan, Lenovo P2 turut menyertakan sokongan dwi-teras.
Lenovo P2 ini membawakan harga jualan RM1299 di Malaysia.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2ggp9pH
Post a Comment