Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mahfuz: Walak Najib walak ‘kongsi gelap’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mahfuz: Walak Najib walak ‘kongsi gelap’

Isu walak atau kesetiaan kepada Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan agung Umno lalu disifatkan menjadi kalimah “ugutan” semata-mata.

Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, ia berbeza dengan pengamalan dalam tradisi Islam apabila walak diberi, bukan diminta, kepada ulama atau pemimpin kerana sikap mereka.

“Kedengaran di Persidangan Agung Umno Najib memeras ugut orang yang tidak berwalak kepadanya sebagai pengkhianat dan sebagainya kerana dia adalah khalifah.

“Dalam konteks parti, khalifah itu adalah presiden dan dalam konteks negara khalifah itu adalah perdana menteri walaupun seorang yang mengamalkan kleptokrasi (‘pencuritokrasi’),” sindir bekas naib presiden PAS itu.

Dalam perhimpunan agung Umno lalu Najib berkata parti itu bertahan sehingga kini kerana prinsip walak dan kesetiaan dalam tradisi mereka.

Katanya, prinsip walak wajib diberikan kepada pemimpin yang sah, dan dalam konteks Umno iaitu presiden parti manakala bagi kerajaan ialah perdana menteri.

Mahfuz mendakwa sistem dalam Umno itu mirip kepada kesetiaan dalam kumpulan kongsi gelap “yang menjalankan kegiatan haram yang juga memaksa ahli kumpulannya setia bersama ketua kumpulan.”

“Seperti ahli kumpulan mafia yang belot atau khianat (tak walak) kepada ketua dan kumpulan akan dihapus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Maka perkara yang sama berlaku dalam parti politik Umno apabila mereka yang bercakap benar menegak yang makruf dan menentang yang mungkar dilakukan pemimpin Najib dianggap tak walak pada presiden dan dihapuskan (pecat).”

Beliau justeru mengingatkan bahawa ketaatan dan kepatuhan sepatutnya diberikan kepada perkara dan tidak melanggar syarak, bukan ketaatan membuta tuli.

“Tahniah Najib menjadikan walak melindungi diri. Tahniah perwakilan yang sudah pun pulang dan selamat sampai dengan ‘dedak’ yang berat,” sindirnya. – Sumber baca lanjut di Malaysiakini

ana-ghoib-putrajaya-doa-hikmah-islam

Nota Ana Ghoib: Sebab itu kamu muslim Malaysia dikalangan ahli politik yang kehabisan hujah jangan sesekali cuba MEMULAKAN mencari hujah agama untuk mempertahan sesuatu perkara yang salah.

Mencari-cari takwil perumpaan untuk dikenakan dengan tokoh politik bagi meraih sokongan merupakan satu tindakan keji yang berakhir keji lagi berakibat hina.

Ini semua berlaku kerana kalian sejak pada awalnya tidak berlaku adil terhadap diri dan rakyat yang kalian pimpin.

Bicarakanlah, bicarakanlah, bicarakanlah IA dengan adil di dunia ini demi sesungguhnya Allah menyintai mereka yang berlaku adil dan ingatlah di akhirat sana tidak ada lagi alasan politik yang diterima atau tukar ganti atas nama ayah ibu, anak, parti apa sekali pun.

Firman Allah: Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): “Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan)”. – (Asy-Syuura 42:10)

Firman Allah: Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang!

Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka.

Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa. – (Al Quran surah Hud 11:116)

Firman Allah: Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya. – (Al-Maaidah 5:100)

TERKINI: NGO lapor polis dakwa Dr Mahathir hina Nabi Muhammad

KLIK BACA: Bukan Najib tapi Mahathir negarawan yang naikkan nama Malaysia sejak kita dari tadika, sekolah ke universiti

DIKEMASKINIDr Mahathir: Nabi tak ada RM2.6b, 1MDB

KLIK BACA: Kenyataan Muhyiddin mengenai Najib menagih setia di Perhimpunan Agung Umno

TERKINI: Selamat tinggal Umno Yang Muflis Di PAU 2016 – Mujahid Yusof Rawa

KLIK BACA: Jangan beri alasan konon saya pun buat apa yang Najib buat – Tun Mahathir

KLIK BACASelagi Umno berkuasa, selagi itu Melayu dibodoh-bodohkan – Shahbudin Husin

KLIK BACA“Cuba letak Mahathir depan Najib, tak cukup tanah dia lari…”  – Izmil Amri

TERKINIEzam kecam Khairy tak faham Jho Low hilangkan keyakinan dunia kepada Malaysia

KLIK BACA: Betulkah hidup Melayu atau Jho Low dan komunis China yang sebenarnya hidup?

The post Mahfuz: Walak Najib walak ‘kongsi gelap’ appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo http://ift.tt/2gz3Kps

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.