Uber Membeli Geometric Intelligence, Membuka Makmal Kecerdasan Buatan
Uber Technologies yang popular dengan perkhidmatan membolehkan pengguna menempah pemanduan ke sesuatu destinasi, hari ini telah bersetuju untuk membeli Geometric Intelligence dan membantu mereka membuka sebuah makmal kajian baru memfokuskan kepada kecerdasan buatan.
Geometric Intelligence sebelum ini mempunyai sekitar 15 orang pekerja, dan sedang membangunkan teknologi teknik pembelajaran mesin yang diinspirasikan oleh sains kognitif dan bergantung kepada data yang sangat kurang. Dengan pengambil-alihan ini, ia kini dikenali sebagai Uber AI Labs.
Uber AI Labs akan cuba menambah-baik algoritma yang digunakan Uber untuk menghubungkan pemandu kepada pengguna, dan teknik baru untuk membangunkan kereta autonomi. Wakil Uber tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan berapakah nilai transaksi ini.
Uber sedia membuat pelaburan yang tinggi dalam kereta pemanduan autonomi, dan telah mengambil-alih syarikat trak autonomi, Otto pada nilai mencapai $680 juta.
Pembelajaran mesin adalah salah satu bidang dalam kecerdasan buatan yang membolehkan komputer menganalisa dan mengadaptasi kepada data baru tanpa perlu diprogramkan. Uber sedia bergantung kepada teknik ini untuk menambah-baik respon harga untuk permintaan, selain dalam menghubungkan pemandu dan penumpang.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2g0MBc0
Post a Comment