Bersin Saat Membaca Al-Fatihah Ketika Sedang Sholat, Ini Jawaban dan Hukumnya
Pertanyaan:
Tolong jelaskan apabila bersin di dalam sholat (contoh: imam sedang membaca al-Fatihah, apakah perlu diulang fatihah atau diteruskan atau bagaimana?)
Jawaban:
Jika bersin ketika sedang sholat ada beberapa jawaban sebagaimana berikut;
Pertama
Anda dibenarkan mengucapkan “Alhamdulillah” setelah bersin (dalam sholat), sebagaimana peristiwa Muawiyah ibn al-Hakam RA. yang sedang sholat dengan Nabi lalu seorang lelaki bersin dan berkata: “Alhamdulillah” dan Muawiyah RA. menjawab “Yarhamuk Allah” (يرحمك الله). [Hadith Riwayat Muslim : 537, Abu Daud : 930].
Kedua
Jika seseorang itu sedang membaca surah dan bersin; contoh al-Fatihah, jika dia masih belum selesai membaca ayat tersebut, dia cuma perlu mengulangi ayat tersebut itu saja. Tidak perlu mengulangi keseluruhan surah al-Fatihah.
Ketiga
Jika bersin, batuk atau tangisan si Imam tidak bisa dibendung saat membaca surah al-Fatihah, maka menurut Abu Walid al-Baaji, sang Imam hendaklah berundur ke belakang, dan makmum dibekangnya menggantikan menjadi Imam. [Al-Muntaqa Sharh al-Muwatta ‘, 1/290, Lihat juga al-Mughni, 1/944]. Ini disebabkan
bacaan al-Fatihah merupakan salah satu daripada rukun sholat.
Keempat
Jika Imam tersebut sedang membaca surah selain dari al-Fatihah, dia boleh menghentikan bacaan dan terus ruku’. Ini adalah kerana membaca surah selepas al-Fatihah hukumnya sunat. Diriwayatkan oleh Abdullah ibn al-Saa’ib RA. berkata:
“Rasulullah mengetuai kami dalam solat Subuh di Makkah, dan dia membaca surah al-Mu’minun, sehingga sampai kepada ayat yang menyebut Musa dan Haron,
Rasulullah batuk, maka dia pun ruku’ “ [Hadith Riwayat Muslim 455]
Imam al-Nawawi mensyarahkan dalam hadith ini dan berkata: “Hadith ini menunjukkan bahawa dibenarkan menghentikan bacaan dan tidaklah makruh melakukan demikian, jika seseorang berhenti dengan sebab”. [Sharh Muslim, 4/177].
Sumber: nasihatustaz.com
Sumber islamidia.com http://ift.tt/2jlZ9ry
Post a Comment