Mingguan Amanz – Penyeluk Saku Digital, Naik-Taraf Unifi Percuma, Logo Baru Mozilla
Seperti kebiasaan, minggu ini menyaksikan pihak Vivo melancarkan telefon pintar terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Vivo V5 Plus yang hadir dengan sokongan dwi-kamera pada bahagian hadapan. Ia dijual pada harga RM1799 di Malaysia.
Xiaomi pada minggu ini telah mengumumkan pengenalan Redmi Note 4 untuk pasaran global, selain mula menjual Redmi 4A di Malaysia pada harga RM449. Beberapa monitor telah diperkenalkan di Malaysia pada minggu ini daripada Acer dan Samsung.
Selain itu, beberapa peranti Android dilihat menerima kemaskini Android Nougat – termasuk antaranya adalah daripada Sony dan Samsung.
Pada minggu ini juga, Telekom Malaysia telah mula menawarkan naik-taraf percuma untuk pengguna UniFi – salah satu perkara yang telah diumumkan oleh kerajaan melalui Belanjawan 2017 lepas.
Dan akhir sekali, salah satu isu yang hangat diperkatakan pada minggu ini adalah berkenaan dengan penyeluk saku digital yang dilaporkan oleh salah satu akhbar harian tempatan. Bank Negara bertindak pantas dan menidakkan laporan berkenaan, serta menekankan yang mana kad Paywave baru adalah lebih selamat berbanding sebelumnya.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2j0MREy
Post a Comment