Sekolah kampung ni memang pertandingan English, sampai dijadikan sebuah movie!
(This article is translated from the English version in Cilisos, click here to read it!)
Sebenarnya movie kat negara kita ni takde lah teruk sangat. Dan bukan semuanya pasal mat rempit, zombie, atau pun kisah anak Datuk yang tak nak kahwin dengan partner ayah dia. Contoh movie tempatan yang best (berdasarkan pandangan kami; perlu diingatkan kami bukan pakar movie ye) adalah Sepet yang telah menang anugerah kat Tokyo International Film Festival 2015 dan juga Bunohan yang telah dihantar sebagai wakil negara untuk Anugerah Academy yang ke-85.
Movie macam tu mungkin tak selalu ada kat wayang tapi bila keluar, memang berkualiti. Baru-baru ni kami telah dapat tau ada satu lagi movie yang mungkin boleh mencapai standard tu, iaitu Adiwiraku yang akan ditayangkan pada 9 Mac 2017. Movie ni adalah berdasarkan kisah benar yang terjadi di sebuah kampung di Kedah. Satu email dari cikgu dari sekolah tu, Cheryl Ann Fernando, telah bagitau kami macam mana kisah mereka dijadikan sebuah movie.
“Cerita ni agak istimewa bagi kami kerana ia telah dirakam di Pinang Tunggal dan telah dilakonkan oleh para pelajar tu sendiri” – Cheryl, email kepada Soscili.
PS: Kami letak trailer movie ni kat dalam artikel.
Rakaman dilakukan dalam masa dua bulan kat sekolah tu sendiri
Nak berlakon ni bukanlah senang, shooting tu kadang-kadang sehari suntuk, nak kena hafal skrip lagi tu pun kalau sekali jalan, kalau kena shoot balik tu satu hal lah juga. So boleh tahan penat juga terlibat dengan rakaman sebuah movie ni. Tapi korang bayangkan eh, Cheryl bagitau kami yang movie ni hanya di rakam dalam masa dua bulan kat sekolah tu sendiri time cuti!
“Kami takde pergi kelas berlakon. Kami pergi audition dan seminggu selepas tu rakaman pun bermula. Ye, memang ada skrip ditulis untuk kami, tapi kebanyakan hanya melakonkan watak kami sendiri sebab ia berdasarkan kisah benar jadi kami hanya lakonkan balik apa yang terjadi sebelum ni.” – Irdina Tasnim, pelajar SMK Pinang Tunggal
Kalau untuk orang dewasa pun dah penat apetah lagi budak-budak sekolah ni. Memang jenuh, tapi para pelajar ni suka betul sewaktu rakaman dilakukan sampaikan mereka tukar cita-cita dari menjadi doktor dan peguam kepada pelakon.
Para pelajar yang berlakon tu pula, hampir kesemuanya calon SPM jadi mereka susun jadual antara berlakon dan study. Ada sekali tu Cheryl jenguk pelajar dia kat set, dia punya lah terkejut sebab para pelajar tu semangat gila malah lagi semangat kalau nak dibandingkan kat dalam kelas dia haha.
“Paling best adalah sewaktu adengan tu hanya dirakam sekali dua je, tapi yang paling teruk kalau adengan tu perlu dirakam banyak kali. Tapi kami ambil tu sebagai pengalaman, jadi takde lah teruk sangat.” – Irdina
Adiwiraku mengisahkan pengalaman beberapa pelajar dan juga Cheryl sebagai seorang bekas guru kat SMK Pinang Tunggal – sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Walaupun hampir semua pelajar memainkan watak mereka masing-masing kat dalam movie tu, Cheryl sendiri tak berlakon tapi telah dilakonkan oleh Sangeetha Krishnasamy.
Plot movie ni mengisahkan sebuah kejadian yang berlaku pada 2015 di mana ia telah mendapat perhatian dan ditampilkan sebagai sebuah artikel kat dalam website Says.com. Sejak dari tu, kisah Cheryl dan pelajar dia telah menjadi viral dan berjaya menangkap perhatian pembikin filem bebas, Jason Ong dan Eric Ong di mana mereka telah menghubungi Cheryl melalui Facebook.
“Saya ingatkan dia main-main masa dia kata tentang nak buat movie pasal kisah ni, tapi dia betul-betul nak. Saya agak khuatir sebab ni merupakan pengalaman peribadi, tapi saya berubah hati bila dapat tahu yang pelajar saya berpeluang untuk berlakon kat dalam movie ni dan akan dirakam kat Pinang Tunggal. Saya tahu ni akan jadi pengalaman yang bermanfaat kepada mereka.” – Cheryl
Cheryl yakinkan pelajar dia untuk join choral speaking dengan kasi habuan makanan percuma
Pelajar dia yang join choral speaking ni pula merupakan pelajar dari Tingakatan 1 sampailah Tingkatan 4. Seperti dijanjikan, kami telah letakkan trailer movie tersebut:
Choral speaking ni boleh tahan susah juga, dah lah kena hafal skrip, pastu kena gerak-gerak lagi, tak kira lagi kalau dah nervous confirm berpeluh, suara pecah, lupa skrip, dan nak lagi susah kena persembahkan kat dalam bahasa yang korang tak biasa bertutur atau pun dengar.
“Masuk pertandingan Choral Speaking tu lagi susah dari berlakon sebab kami mengharapkan untuk menang, dan kegagalan merisaukan kami. Tapi selain dari tu, ia merupakan satu pengalaman baru dan menarik.” – Irdina
Para pelajar yang join choral speaking tu sebenarnya tak sangka mereka akan jadi antara yang terbaik sebab time tu SMK Pinang Tunggal telah diklasifikasikan sebagai ‘hotspot‘. Nama hotspot tu adalah nama timangan untuk sekolah yang mempunyai pencapaian akademik yang sangat rendah untuk bahasa Inggeris.
Jadi untuk melawan isu ni, Kementerian Pendidikan telah meletakkan cikgu-cikgu yang dilatih untuk mengajar English kat kawasan hotspot ni. Sebab inisiatif kementerian ni lah Cheryl ditakdirkan berjumpa dengan para pelajar SMK Pinang Tunggal.
Pada tahun 2013, Cheryl join Teach For Malaysia (TFM), iaitu sebuah NGO yang melatih fresh grad untuk menjadi cikgu. TFM mengadakan hubungan rapat dengan Kementerian Pendidikan dalam meletakkan cikgu kat kawasan strategik selama dua tahun (ye, mereka dibayar dan dapat benefit macam pekerja awam yang lain). Lepas tamat tempoh, cikgu tersebut boleh pilih nak sambung mengajar atau tukar kerjaya. Untuk Cheryl, dia telah minta extend sampai 2015.
“Masa saya baru sampai, pelajar saya tak nampak kepentingan dalam subjek Inggeris. Sebab mereka ingatkan Bahasa Inggeris tu adalah susah.” – Cheryl, interview dengan Astro Primadona.
Jadi untuk ajak pelajar dia join choral speaking, Cheryl dan lagi sorang pengajar dari TFM (telah minta untuk dirahsiakan) telah bagi habuan makanan percuma untuk sesiapa yang join training. Kawan Cheryl tu telah dilakonkan oleh Xavier Fong sebagai Cikgu Constant Wong. Mereka berdua telah bergabung untuk tulis skrip choral speaking di mana mereka mendapat inspirasi dari lagu Superheroes oleh The Script.
Mereka berlatih selama 2 hingga 3 jam lepas waktu sekolah untuk beberapa bulan sebelum pertandingan. Memandangkan sekolah tu 99% Melayu, training time puasa sangatlah mencabar, dicampur dengan penat dan tak boleh makan/minum.
“Benda yang paling saya ingat adalah sewaktu menghantar mereka pulang dengan menggunakan kereta Viva je. Saya akan sumbat sampai 6-7 pelajar dan hantar mereka pulang lepas sesi latihan. Mereka menjerit dan menyanyi kat dalam kereta dan merupakan waktu yang paling best.” – Cheryl
Mereka berjaya mengalahkan sekolah-sekolah lain, termasuk yang elit
Banyak kali para pelajar ni diragui oleh orang lain sebab bagi yang tak terlibat, tindakan pelajar ni macam mengarut lagi-lagi mereka akan bertanding dengan 20 sekolah elit! Alaa sekolah yang ada tema macam Gemilang, Terbilang, dan segala jenis -lang,-lang tu.
“Kami tau peluang untuk menang tu sangat tipis jadi kami telah berlatih dengan lebih tekun. Pelajar saya hafal setiap perkataan, setiap ayat di kertas. Kami buat yang terbaik dalam memastikan pertuturan ayat yang betul dan fokus kat cara sebutan.” – Cheryl, interview dengan Says.com
Pada hari pertandingan tu, nervous para pelajar tu jangan cakap lah! “Hidayah minta untuk balik sebelum pertandingan tu bermula, Zidane pula hampir menangis sebab dia yakin dia akan lupa ayat-ayat dia. Alif pula tak boleh duduk diam dan asyik berkata kepada saya bahawa dia sangat takut”. Nak tau macam mana persembahan mereka? Tengoklah sendiri…
Masa keputusan diumumkan, Cheryl mengaku bahawa dia tak yakin mereka akan menang. Dia siap kata kat ketua choral speaking untuk bangun dan terima sijil penghargaan. Tapi masa mengumumkan nama-nama sekolah, nama mereka takde….
“Saya fikir mesti mereka dah buat kesilapan ni. Sampailah mereka telah mengumumkan kami sebagai pemenang 5 terbaik. Sekolah kecil kampung kami telah mendapat top 5.” – Cheryl
Dari sedih terus melompat dan menjerit gembira
Haritu para pelajar Cheryl bukan saje menang pertandingan tu tapi telah membawa pulang keyakinan dan kepercayaan bahawa sesuatu kejayaan akan tercapai kalau bekerja keras.
Selain dari cerita yang mengharukan tu, Adiwiraku menyuluhkan beberapa isu penting dalam sistem pembelajaran di negara kita seperti ketidakupayaan pelajar untuk membaca dan menulis dalam Inggeris di peringkat sekolah menengah, masalah disiplin, dan macam-macam lagi.
Jadi kalau korang berminat untuk tonton cerita yang inspirasi ni, boleh tunggu 9 Mac ni kat 48 wayang berdekatan anda!
Sumbangan : SOSCILI http://ift.tt/2jLTsqd
a href='http://ift.tt/2dfzQXt' imageanchor='1' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;'>
Post a Comment