Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekas doktor HKL didakwa melakukan seks terlampau dengan tukang cuci dalam bilik menyusu bayi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekas doktor HKL didakwa melakukan seks terlampau dengan tukang cuci dalam bilik menyusu bayi

 Bekas doktor hospital dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan termasuk melakukan hubungan seks tanpa kebenaran dan kelucahan melampau terhadap tukang cuci, tahun lalu.


Ahmad Ahnaf Kamarulizham, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Shamsudin Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan hubungan seks dengan mangsa 56 tahun tanpa kebenarannya dan didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa atas pertuduhan pilihan iaitu menggunakan kekerasan jenayah terhadap wanita berkenaan dengan hendak mencabul kehormatannya mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.


http://ift.tt/2pxczqG

Manakala bagi pertuduhan kedua, Ahmad Ahnaf didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap mangsa yang sama dengan membuka seluar dan menunjukkan kemaluan serta melakukan onani di hadapan mangsa.



Dakwaan bagi perbuatan itu dibuat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik bersimbol ' Menyusu Bayi' dan tertera tulisan L4-PA-07, Aras 5 Kompleks Pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL), antara jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi, 18 Mac 2015.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan sekali sebulan. Tarikh sebutan ditetapkan pada 28 September ini.


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pYpFP8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.