Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ceramah BERSATU di Felda Palong diteruskan walau diberi amaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ceramah BERSATU di Felda Palong diteruskan walau diberi amaran

Malaysiakini 10/5/17
Ceramah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Felda Palong 7 di Jempol, Negeri Sembilan malam ini akan diteruskan walaupun dikatakan mendapat amaran daripada pengurusan Felda.

Ketua BERSATU Bahagian Jempol, Baharudin Ahmad berkata, mereka juga telah mendapat kebenaran polis untuk meneruskan acara tersebut.
Bagaimanapun, Baharudin tidak dapat mengesahkan kebenaran surat yang kononnya daripada pengurusan Felda Palong 7, kepada pemilik sebuah rumah yang menjadi tuan rumah kepada majlis ceramah berkenaan.

Surat itu memberi amaran kepada pemilik rumah itu agar bertanggungjawab jika berlaku kejadian yang tidak diingini, atau berdepan tindakan undang-undang jika penceramah pada majlis itu mengutuk dasar Felda.
Percubaan untuk menghubungi pengurusan Felda Palong 7 bagi mendapatkan komen tidak berjaya.

Tanpa mengira kesahihan surat itu, Baharudin berkata, pihak pengurusan Felda Palong 7 tidak mempunyai hak untuk menghalang peneroka daripada mengadakan majlis tersebut.

"Beliau sudah mempunyai hak milik tanah. Apa sahaja yang dia mahu lakukan dengan rumahnya adalah urusannya," kata Baharudin ketika dihubungi petang ini.
Acara di Felda Palong 7 malam ini akan turut menampilkan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pyJzMF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.