Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dari Buntat ke Jibam, Ariff terbukti unik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dari Buntat ke Jibam, Ariff terbukti unik



Pelakon cilik yang popular, Mohd Ariff Abdullah, akan 'bertukar wajah' tidak lama lagi. Dia tidak lagi hanya dikenang-kenang sebagai Buntat tetapi kini, dia adalah Jibam.

Jibam diadaptasi daripada novel kartunis terkenal, Ujang, akan menjengah pawagam pada September nanti.

Buntat - atau Mohd Ariff - bukanlah anak biasa-biasa. Di sebalik penampilannya yang mempersona, bagi ramai penonton siri drama Tujuh Hari Mencintaiku, dia ialah insan istimewa.

Mohd Ariff, 12, ialah pelajar yang disahkan mengidap disleksia. Justeru pembelajarannya tidak sama seperti murid-murid lain.

Namun dalam keadaan begitu dia tetap diberi keyakinan membawa watak Jibam - sebuah produksi pertama yang dijayakannya sebagai pelakon.

Untuk makluman, dia terlebih dulu beraksi di depan kamera untuk Jibam sebelum membawakan watak Buntat. Namun siri drama popular itu dapat ditonton lebih awal oleh orang ramai.

Sebagai insan istimewa, Mohd Ariff sentiasa didampingi bapanya, Abdullah Kasim, 53, semasa berlakon. Sekurang-kurangnya si bapa bertindak sebagai pembantu untuk memberi penerangan bagaimana kemahuan pengarah.

"Saya akan membantu Ariff dengan menterjemahkan sesuatu perkataan dan menunjukkan ekspresi wajah yang sesuai untuknya.

"Alhamdulillah, Ariff seorang budak yang cepat memahami dan mempunyai ingatan kuat, itu adalah bakat yang dikurniakan untuk seorang anak kelainan upaya sepertinya.

"Malah Ariff juga boleh menghafal skrip dalam masa 10 minit," katanya.

Abdullah ditemui pada sidang media pelancaran produk Cantik Dara. Pada sidang itu juga diadakan majlis menandatangani memorandum antara Cantik Dara Sdn Bhd dan Spektra Selasih Sdn Bhd untuk mempromosi Jibam di Kuala Lumpur semalam.

Mangsa buli jadi wira

Jibam mengisahkan seorang kanak-kanak yang sering dibuli dan dicerca masyarakat. Bagaimanapun, pada suatu ketika, nasibnya berubah sama sekali sehingga dianggap wira oleh orang ramai.

Untuk menyiapkan Jibam, produksi terlebih dahulu merujuk dan mendapatkan ilham daripada Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon.

Malahan, Jibam mempunyai 90 peratus jalan cerita sama seperti novel dihasilkan pelukis kartun itu.

Jibam turut dijayakan oleh pelakon seperti Mia Ahmad, Esma Daniel, A Galak, Zaidi Omar dan Fadlan Hazim. Naskhah yang diarahkan Che Mie itu menelan perbelanjaan kira-kira RM1 juta.

Sementara itu, menurut penerbit Jibam, Jafar Ahmad, demi merealisasikan naskhah yang diilhamkan daripada Ujang dia dan produksi sanggup melakukan saringan pelakon hingga ke Jitra, Kedah.

Jitra adalah tempat kediaman Ariff, yang masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahawangsa.

"Saya dan pengarah Che Mie memang mencari seseorang seperti Ariff, justeru kami mengadakan sesi pertemuan di kedai roti canai milik bapanya dan kemudian ke rumahnya," katanya.

Jafar berkata, walaupun terdapat kelainan pada Ariff, dia tetap berjaya membawakan watak Jibam dengan baik.

"Saya berpuas hati dengan lakonan Ariff dan tidak sabar menanti reaksi penonton sebaik filem itu ditayangkan kepada umum," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pvdKV6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.