Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Saya Sampai Awal, Rakaman Tu Belum Mula” – Siti Nordiana - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Saya Sampai Awal, Rakaman Tu Belum Mula” – Siti Nordiana

Ketika populariti sedang naik, timbul pula kisah tak sedap didengar tentang Siti Nordiana.
Ketika menjuarai pentas Gegar Vaganza musim kedua lalu, sudah timbul isu dia mula ‘demand’ dengan meletakkan harga bayaran tinggi.

Terbaharu, tersebar pula gosip Siti Nordiana atau Nana, 33, buat hal lagi kononnya sengaja datang lambat ke lokasi sebuah penggambaran.

Kami mendapatkan jawapan daripada Nana!

“Saya tidak pernah datang lambat pada mana-mana program kerana pengurus saya akan bagi call time dua jam awal daripada masa sebenar.

“Saya mengaku ada minta agar produksi awalkan giliran  saya untuk rakaman program hiburan baru-baru ini. Ketika itu saya sampai awal tetapi program itu tidak mula lagi.

“Sedangkan saya perlu ke lokasi lain untuk persembahan secara langsung anugerah pada sebelah malam,” ujarnya.

Dia ditemui pada majlis pelancaran program Cipta Kawan Cheek-e yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Tasik, di sini, Isnin.

Siti Nordiana mengulas tentang berita di ruangan pojok sebuah akhbar pada Ahad lalu yang mendakwa dia ‘buat hal’ iaitu datang lambat dan meminta untuk didahulukan temubual.

Penyanyi lagu Terus Mencintai ini mengakui terkilan dengan tuduhan yang boleh memberi persepsi buruk terhadap disiplin dirinya.

“Saya sedikit terkilan kerana sebagai artis saya sedaya upaya ingin memberi sokongan kepada program-program tempatan. Namun tidak sangka pula lain jadinya,” katanya.

Bagaimanapun, Siti Nordiana meminta maaf jika perkara itu menyusahkan seluruh pihak produksi berkenaan.

“Saya enggan panjangkan cerita ini, kalau ada yang terasa hati, saya minta maaf,” ujarnya.

The post “Saya Sampai Awal, Rakaman Tu Belum Mula” – Siti Nordiana appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qO96Fx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.