Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dayang Nurfaizah Dipilih Nyanyi Lagu Sukan SEA2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dayang Nurfaizah Dipilih Nyanyi Lagu Sukan SEA2017

Penyanyi lagu Lelaki Teragung Dayang Nurfaizah diberi penghormatan menyanyikan lagu tema Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9 Kuala Lumpur 2017.

Lagu tersebut adalah hasil gubuahan pengarah muzik dan komposer terkenal Datuk Ramli MS.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata bersempena tempoh 100 hari menjelang temasya Sukan SEA 2017, rakyat Malaysia dipelawa untuk menyumbang idea bagi lirik lagu tema itu menerusi laman sosial dengan hashtag #laguKL2017.

“Saya dan Datuk Ramli sudah berbincang dan kita mahukan lirik disumbangkan rakyat. Saya harap rakyat Malaysia menghantar lirik melalui Twitter, Facebook dan Instagram masing-masing dengan meletakkan hashtag #laguKL2017 untuk Datuk Ramli gunakan ayat-ayat atau perkataan daripada rakyat bagi menggubah lagu tema KL 2017 kali ini,” katanya.

Khairy sebelum itu melancarkan majlis kiraan detik 100 hari menjelang penganjuran Kuala Lumpur 2017, di sini pada Selasa.

Khairy berkata penglibatan seluruh rakyat Malaysia dalam pembikinan lagu tema itu akan menyemarakkan lagi penganjuran Sukan SEA dari 19 hingga 30 Ogos dan Sukan Para ASEAN dari 17 hingga 23 September depan.

Pernah memenangi anugerah dalam kerjaya seninya, Dayang Nurfaizah Awang Dowty merupakan penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak yang terkenal dengan lagu seperti Di Pintu Syurga dan Erti Hidup.

Kuala Lumpur selaku tuan rumah penganjuran Kuala Lumpur 2017 buat julung kali meraikan kiraan detik 100 hari menjelang temasya dwitahunan itu dengan penglibatan orang ramai hari ini.
Bagi gimik majlis itu, Khairy bersama lebih 20 atlet negara menaiki bas dua tingkat dari stesen LRT Bangsar menuju KL Sentral.

Majlis dianjurkan Jawatankuasa Pengelola Malaysia bagi Kuala Lumpur 2017 itu turut memperkenalkan dua penaja baharu iaitu Malaysian Resources Corporation Bhd dan Prasarana Malaysia Berhad.

The post Dayang Nurfaizah Dipilih Nyanyi Lagu Sukan SEA2017 appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qOeqIT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.