Hi! Welcome Back and Stay Tune! Demi Melayu, kenapa PAS melenting? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Demi Melayu, kenapa PAS melenting?

* Tanak mengaku asal usul butir tahi UMNOlah tuu!

Tuesday, 9 May 2017
KATA POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA...KENAPA DITEMPELAK SARANAN KU NAN UNTUK BERSATU?

Pas dilaporkan menempelak Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung kenyataannya bahawa masih belum terlambat bagi parti Islam itu untuk kembali ke pangkuan UMNO.

Ketua Penerangan Pas, Nasaruddin Hassan berkata, kenyataan Tengku Adnan itu menggambarkan seolah-olah Pas ingin kembali ke pangkuan UMNO selepas didakwa lahir daripada sayap parti tersebut.

"Pas bukan semata-mata lahir daripada UMNO, tetapi juga daripada Hizbul Muslimin selepas ia diharamkan pada 1948," ujar Nasaruddin lagi.

Ketua Penerangan Pas yang juga Ahli Parlimen Temerloh itu tampil dengan kenyataan demikian berikutan Tengku Adnan semalam mengalu-alukan jika Pas ingin kembali ke pangkuan UMNO sebagai Biro Agama UMNO sempena ulangtahunnya yang ke 71 pada 11 Mei ini.
Kata Ku Nan, sebagai parti yang inklusif, UMNO sedia memberi peluang jika Pas ingin kembali ke pangkuan mereka, meskipun mereka sudah terlanjur sebelum ini.

"Semuanya terpulang kepada kepimpinan Pas, walaupun sudah terlanjur, mereka masih boleh pulang ke pangkuan," tambah Ku Nan.

Baik dan terlalu murni apa saranan Ku Nan itu?

Jadi, kenapa Pas perlu melenting serta menempelak beliau kerana kenyataannya itu?

Adakah politik matang dan sejahtera membenarkan tindakan menempelak rakan sendiri yang sudah kerap digauli, lebih-lebih lagi jika ianya bertujuan baik dan murni?

Siapa berani menyatakan penyatuan atau kembalinya Pas ke pangkuan UMNO seperti yang disebut oleh Ku Nan itu bukan sesuatu yang baik untuk Melayu dan Islam?

Jika begitu, bukankah Pas seharusnya menyambut baik kenyataan Ku Nan itu, bahkan tentunya lebih terpuji jika menyatakan memang hasrat  Pas untuk kembali bersatu dengan UMNO demi Islam dan Melayu di negara ini?

Lagi pula, bukankah Pas sendiri sejak kebelakangan ini selalu mengatakan ingin mempertahankan kuasa Melayu dan Islam serta amat memusuhi DAP di sebalik pendekatan politik matang dan sejahtera yang kian merapatkan lagi hubungannya dengan UMNO?

Apa lagi langkah terbaik yang harus dilakukan oleh Pas untuk mencapai semua matlamat barunya itu kalau bukan bergabung atau kembali terus ke pangkuan UMNO?
Dengan yang demikian, tentulah cadangan Ku Nan itu suatu saranan yang baik, bukan saja untuk mengekalkan kuasa Melayu dan Islam, tetapi juga sebagai menepati amalan politik matang dan sejahtera yang sememangnya menjadi dambaan Pas sejak kebelakangan ini.

Maka, tidak manis sungguh sebenarnya apabila Pas marah-marah atau menempelak Ku Nan seolah-olah menolak ajakannya untuk bersatu, berpadu dan bersilaturrahim sebagaimana yang dituntut oleh agama itu.

Tambahan lagi, selain kerap tampil kasar sehingga pernah menyifatkan Pas sebagai sesat sebelum ini, bukan selalu sebenarnya Ku Nan tampil dengan saranan yang baik dan murni seperti kali ini. 

Apa salahnya jika Pas terima dengan baik apa yang disarankan oleh Ku Nan itu. Tambahan lagi, daripada tidak menentu kedudukan melalui Gagasan Sejahtera dan jika bertanding sendirian dalam PRU 14 akan datang, tidakkah lebih baik Pas bergabung terus dengan UMNO demi masa depan yang lebih terjamin dan gemilang? (ShahbudinHusin 09/05/2017)

Posted by Shahbudin Husin at 18:34 


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ps0rUD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.