Draghi: Ekonomi Masih Perlu Darjah Rangsangan Monetari Yang Besar
Presiden European Central Bank (ECB) Mario Draghi dalam komennya di Parlimen Belanda mengatakan risiko ke bawah (downside risk) di Zon Eropah telah berkurangan dan juga mengulangi bahawa terlalu awal untuk menyatakan kejayaan bank pusat.
Menurut Draghi, tekanan inflasi asas masih terhalang dan belum menunjukkan trend kenaikan yang meyakinkan.
Pemacu inflasi dalam pasaran domestik iaitu pendapatan juga masih belum memberi tindak balas kepada pemulihan dan mengecilkan jurang pengeluaran (output gap) dalam ekonomi.
Output gap adalah perbezaan antara keluaran sebenar (actual output) ekonomi dan potensi keluaran (potential output). Potensi pengeluaran adalah amaun maksimum barang dan perkhidmatan yang boleh dikeluarkan oleh sesebuah negara.
Draghi mengekalkan panduan (guidance) dalam mesyuarat sebelum ini iaitu, satu darjah rangsangan polisi monetari yang besar masih diperlukan bagi menyokong tekanan ke atas inflasi asas dalam jangka masa sederhana.
Dalam sesi soal jawab beliau menyatakan masih belum masanya untuk menamatkan program pembelian bon walaupun kebayakan risiko telah berkurangan.
Walaupun ada laporan yang mengatakan ECB semakin lega dengan risiko pilihanraya Perancis, Draghi tidak memberi sebarang isyarat bahawa bank pusat bersedia mengubah retorik yang digunakan selama ini. Komen beliau secara keseluruhanhanya tidak banyak beza dengan mesyuarat sebelum ini.
Eur/Usd bergerak ke bawah semasa sidang soal jawab berlangsung tetapi memulih semula sebelum majlis tersebut berakhir.
The post Draghi: Ekonomi Masih Perlu Darjah Rangsangan Monetari Yang Besar appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pzcOit
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment