Hi! Welcome Back and Stay Tune! Heboh Jakarta dilanda salji - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Heboh Jakarta dilanda salji

Media sosial di Indonesia heboh dengan kehadiran buih putih seperti salji yang berlaku selepas hujan di Jalan Jenderal Sudirman, Jakarta kelmarin.

Jakarta dilanda salji

Jakarta dilanda salji

Beberapa gambar dan video yang dirakam sebelum dimuat naik di media sosial menunjukkan sebahagian jalan berkenaan putih seperti dilitupi salji.

Laporan palsu juga muncul dan tular di media sosial dengan mendakwa salji melanda di Jakarta.

Bagaimanapun, pihak berkuasa memberitahu, buih putih itu bukannya salji tetapi buih daripada cecair sabun yang tumpah di jalan raya.

Cecair itu dilaporkan tumpah dari projek pembinaan transit laju massa (MRT) di kawasan berkenaan.

 

Jurucakap MRT, Tubagus Hikmatullah berkata, cecair seperti sabun itu digunakan untuk melembutkan tanah ketika proses menggali terowong untuk projek berkenaan.

Katanya, baki cecair itu disimpan di tapak projek berhampiran tetapi tumpah dan mengalir ke jalan raya.

Hujan yang turun tidak lama selepas itu menyebabkan cecair itu menjadi buih putih seperti salji.

“Buih ini tidak bahaya dan kami mengambil tindakan tegas bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang,” katanya kepada portal Jawapos.com. – Agensi

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Heboh Jakarta dilanda salji

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qgyDHL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.