Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nasi Kambing Kat Kubur Viral Di Melaka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nasi Kambing Kat Kubur Viral Di Melaka

Nama hidangan di sebuah kedai makan yang menjual nasi Arab mungkin kedengaran agak pelik, namun ia pasti melekat dalam ingatan pelanggan sampai bila-bila.

Nasi Kambing Kat Kubur Viral Di Melaka

Nasi Kambing Kat Kubur Viral Di Melaka

Nasi Kambing Kat Kubur adalah salah satu menu menarik yang dijual di Kedai Sawit Corner, sebuah kedai makan yang terletak di bawah rimbunan pokok kelapa sawit di Solok Duku, Alor Gajah di sini.

Lokasi kedai yang secara kebetulan bersebelahan Tanah Perkuburan Islam Mualim di Solok Duku itu mencetuskan idea kepada pemiliknya untuk menjadikan nama hidangan unik itu sebagai satu jenama.

Kedai itu diusahakan sejak enam tahun lalu oleh Nabila Asyyiqin Marzuki, 25, dan suami, Mohamad Khairul Azwan Md Ramli, 28, selain dibantu saudara mereka, Muhammad Hayad Norazman, 25, lapor Berita Harian.

 

Menurut mereka, keputusan untuk menjenamakan hidangan kepada Nasi Kambing Kat Kubur itu dibuat setelah menerima banyak pertanyaan tentang lokasi sebenar kedai tersebut sendiri.

“Kami mengusahakan kedai makan ini sejak 2006 dengan menjual cucur udang, bakso, mi kari, laksa dan cendol sebelum menambah gulai kawah itik, daging dan kambing pada tahun 2009, diikuti nasi Arab pada 2011.

“Penambahan juadah dibuat supaya pelanggan ada pilihan kerana bukan semua mahukan hidangan alas perut, sebaliknya yang mengenyangkan untuk perjalanan jauh,” kata Nabilah Asyyikin kepada akhbar itu.

Menurut catatan menerusi laman Facebook rasmi Sawit Corner, nama Nasi Kambing Kat Kubur itu sebenarnya adalah nasi Arab yang dihidangkan sekali dengan daging kambing berempah.

Ia turut menjadi hidangan pilihan ramai pelanggan, dengan salah seorang daripadanya menyatakan: “Kalau akak mati hari ini pun, akak reda dan puas sebab akak dapat makan nasi Arab. Sedap sangat.”

Nabilah Asyyikin berkata, kedainya turut menyediakan Nasi Kambing Kat Kubur dengan pilihan ayam bagi yang tidak mahu daging kambing, serta set dimakan sama ada untuk seorang ataupun keluarga.

“Alhamdulillah, sambutan diterima amat membanggakan apabila ramai pelanggan melalui jalan dari Masjid Tanah untuk ke bandar raya Melaka singgah di kedai ini yang terletak di kawasan kebun kelapa sawit,” katanya.

“Kami turut ada set nasi Arab bajet berharga RM8.90 sepinggan dan cendol biasa serendah RM1.50,” kata bekas pelajar perhotelan Sekolah Teknik Setapak Kuala Lumpur itu.

Sumber: Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 

 



Sumber Nasi Kambing Kat Kubur Viral Di Melaka

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qog8Bh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.