Nasib Malang Berganda! Ditahan Polis Kerana Tuang Air Dalam Mesin ATM Selepas Ditipu Scammer Hampir RM3 Ribu
Susulan ditipu sindiket penipuan melalui telefon pada November sehingga mengalami kerugian 5,000 yuan atau kira-kira RM3,140, seorang wanita dari Selatan China bertindak menuang minuman ringan ke dalam mesin ATM semata-mata percaya tindakan itu membolehkannya menuntut semula wang yang ditipu scammer.
Memetik laporan Chongqing Morning Post, wanita berusia 33 tahun yang namanya tidak didedahkan itu dikatakan telah dihubungi seorang individu yang menyamar sebagai pegawai polis dari Beijing yang mengarahnya untuk pindahkan wangnya ke akaun bank yang ditetapkan supaya pegawai boleh melindungi maklumat peribadinya yang telah terdedah.
Setelah menyedari dia sebenarnya ditipu selepas tiada sebarang resit keluar dari mesin ATM sebaik dia menuang minuman tersebut, wanita itu ditahan kerana melakukan vandalisme secara tidak sengaja sebulan kemudian.
Dilaporkan polis sedang menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan dan akan menetapkan penalti yang akan dikenakan terhadap wanita itu.
Manakala bank berkenaan dikatakan mengalami kerugian 60,000 yuan atau bersamaan RM37,690. - www.kakishare.my
Koleksi video viral edisi 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q0Fkwp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment