Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nidji Tiada Niat ‘Caras’ Estranged - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nidji Tiada Niat ‘Caras’ Estranged

Pertama kali mendengar lagu Hancur Aku nyanyian semula kumpulan Nidji, terasa bagaikan ada yang tak kena pada lirik asal karya ciptaan Estranged itu.

Menjelaskan mengenai kekeliruan berkenaan, vokalis band popular Indonesia itu iaitu Giring berkata, lirik asal “Apa Khabar Teman” sengaja ditukar kepada “Apa Khabar Mantan” sesuai dengan pasaran negara asal mereka.

Akui Giring lagi, mereka tiada niat untuk bersaing atau mahu dibandingkan dengan Estranged sebagai pemilik lagu berkenaan.

“Tujuan kita bukan untuk buat perbandingan atau bersaing namun perkataan mantan yang membawa maksud bekas kekasih dalam konteks lagu ini lebih relevan dengan pendengar di Indonesia.
“Jadi ia sengaja ditukar ikut kesesuaian kerana kami intepretasikan ia sebagai lagu putus cinta yang cukup mendayu-dayu,” katanya.

Giring ditemui pada majlis pelancaran album kelima Nidji berjudul Love, Fake & Friendship di pusat hiburan The Bee, Publika pada Isnin.

Lagu Hancur Aku ciptaan Estranged merupakan salah satu daripada 12 buah lagu yang dimuatkan dalam album tersebut.

Bagaimanapun lagu Hancur Aku versi Nidji digubah semula menggunakan khidmat tiga penerbit muzik terkenal Indonesia seperti Irwan Opung.

Jika Estranged menampilkan Fazura dalam lagu berkenaan, Nidji memilih bakat baharu Indonesia bernama Dea sebagai rakan kolaborasi.

Bercerita lanjut mengenai pemilihan lagu Hancur Aku untuk dimuatkan dalam album berkenaan, Giring berkata ia dibuat selepas melalui beberapa saringan.

“Estranged menghasilkan sebuah karya yang luar biasa. Jadi ia menjadi cabaran buat kami untuk merakamkan semula lagu ini mengikut cari Nidji.

“Sejujurnya kami mengambil masa yang lama untuk menghasilkan lagu Hancur Aku,” katanya.
Tambah Giring, Nidji masih belum menerima maklum balas daripada Estranged mengenai lagu yang mereka rakamkan itu.

Ditanya mengapa memilih Malaysia sebagai lokasi pertama untuk melancarkan album Love, Fake & Friendship, Giring berkata ia merupakan penghormatan kepada peminat di negara ini yang sentiasa menyokong kerjaya mereka sejak 15 tahun lalu.

“Kami harap ia dapat mengubat rindu peminat Malaysia yang tidak putus-putus bersama Nidji.
“Kami juga bersyukur kerana masih diterima baik di sini,” katanya sambil memaklumkan bahawa album ini hanya akan dilancarkan di Indonesia selepas Aidilfitri depan.

Nidji yang berada di Malaysia sejak 7 Mei lalu akan mengadakan persembahan istimewa di Kilang Bateri, Johor Bahru pada Khamis ini.

The post Nidji Tiada Niat ‘Caras’ Estranged appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2psbbSE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.