Pasaran Pekerjaan Adalah Kebimbangan ECB Ketika Ini
Laporan ECB hari ini menunjukkan pengangguran di Zon Eropah lebih tinggi daripada data rasmi, yang memberi kebimbangan sama ada bank pusat boleh mengurangkan rangsangan monetari sedia ada lebih cepat atau sebaliknya.
Peningkatan kadar pendapatan masih lemah walaupun blok ini dalam keadaan pertumbuhan yang semakin baik sejak 10 tahun lepas. ECB sebelum ini menegaskan Zon Eropah memerlukan peningkatan pendapatan yang dinamik sebelum bank pusat mula mengurangkan rangsangan monetari.
Di Perancis dan Itali, masalah pasaran buruh masih berterusan dalam proses pemulihan ekonomi, di mana Spanyol dan negara lain dalam Zon Eropah merekod kejatuhan baru-baru ini. Jerman satu-satunya negara yang terus positif dalam pasaran pekerjaan.
“Petunjuk tentang ‘buruh yang masih tidak digunakan sepenuhnya’ masih tinggi, dan ini akan memberi kesan kepada pendapatan,” kata laporan buletin ECB.
Ada kritikan kepada polisi ECB yang menyatakan pengukuhan pertumbuhan ekonomi dan inflasi telah menyokong untuk pengurangan rangsangan di mana ECB memberi alasan bahawa kadar pendapatan adalah kebimbangan bank pusat ketika ini.
ECB menganggar 3.5% daripada populasi pekerja adalah tidak aktif walaupun mereka boleh menyertai tenaga kerja dalam masa yang singkat. Manakala 3% dari mereka pula tidak mendapat pekerjaan yang berkualiti.
Selain itu, apa yang membimbangkan bank pusat ialah kebanyakan kerja yang dihasilkan adalah di dalam sektor perkhidmatan di mana produktiviti begitu rendah yang menghalang potensi kenaikan kadar pendapatan di Zon Eropah.
The post Pasaran Pekerjaan Adalah Kebimbangan ECB Ketika Ini appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q5vcQX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment