Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelanggan Restoran Tergamam Enam Lelaki Menyamun Ketika Makan Malam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelanggan Restoran Tergamam Enam Lelaki Menyamun Ketika Makan Malam


Niat menikmati makan malam menjadi satu pengalaman menakutkan bagi beberapa pelanggan di sebuah restoran di Taman Melawati. Sekumpulan enam lelaki memakai topi keledar dan bersenjatakan parang nekad untuk menyamun restoran tersebut. 

Rakaman CCTV kejadian samun itu menjadi viral di laman media sosial sejak Ahad. Video berdurasi seminit itu melihatkan enam suspek meluru masuk ke dalam restoran dan mengacukan parang kepada pelanggan sebelum diarah untuk menyerahkan beg tangan serta barang berharga. 

Memetik laporan BH Online, kejadian samun dalam tempoh kurang seminit menyebabkan pelanggan dan pekerja kedai tidak berani melakukan apa-apa kerana bimbang akan keselematan diri mereka juga. Kesemua mangsa hanya membiarkan beg tangan dan barang berharga diambil oleh suspek. 

Kerugian dianggarkan hampir RM30 ribu ringgit yang turut melarikan wang tunai dari restoran tersebut sebelum kesemua enam suspek melarikan diri. 


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias meminta kerjasama orang ramai untuk membantu siasatan. "Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata," katanya.

Beliau berkata rakaman CCTV dari kedai tersebut sudah diperolehi dan siasatan sedang dijalankan.

"Kejadian berlaku dalam masa yang singkat. Bagaimanapun, rakaman CCTV telah diambil dan siasatan masih dijalankan," katanya. - www.kakishare.my

Koleksi video viral edisi 2017




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pUC6uo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.