Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengedar dadah wanita dihukum gantung sampai mati - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengedar dadah wanita dihukum gantung sampai mati

Pengedar dadah wanita dihukum gantung sampai mati|Kucing: Menangis air mata darah sekali pun tidak akan dapat mengubah nasib seorang wanita warga Thailand yang dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi atas kesalahan mengedar dadah.

Wanita terbabit, Napaphorn Tanjit, 58 didapati bersalah kerana mengedar 3.6 kilogram methamphetamine, ketika melalui pemeriksaan Kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 9 malam,1 November 2015.

Napapthorn dituduh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Hakim Dato Rhodzariah Bujang memutuskan bahawa pasukan pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan yang diberikan.

Pada 29 Disember 2016, Mahkamah Tinggi memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, lalu membebaskannya daripada pertuduhan itu tanpa pembelaan.

Bagaimanapun pasukan pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu dan pada 17 April lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan itu, dengan memutuskan bahawa terdapat kes prima facie.

Napaphorn yang juga seorang penghidap HIV kemudian diarahkan untuk membela diri di hadapan hakim Mahkamah Tinggi.

Sebaik hukuman dijatuhkan, tertuduh yang memakai sarung tangan dan topeng muka kelihatan menitiskan air mata.

The post Pengedar dadah wanita dihukum gantung sampai mati appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qYcM4K

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.