Rupanya bukan dipaksa, kawan baik dedah remaja lelaki minum racun kerana putus cinta
Polis sahkan kematian seorang remaja lelaki berusia 15 tahun disebabkan minum racun dengan kerelaan sendiri kerana putus cinta bukannya dipaksa seperti didakwa sebelum ini.
Remaja terbabit meninggal dunia jam 9.30 malam Selasa, selepas enam hari dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.
Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Zaldino Zaludin berkata, rakan baik remaja itu hadir ke Balai Polis Nilai jam 8.30 malam semalam, menceritakan kejadian sebenar.
“Dia mendakwa berjumpa rakannya itu di belakang sebuah pasar raya di pekan Nilai, jam 2 petang, 26 April lalu. Rakannya membawa botol berisi cecair biru dipercayai racun.
“Rakannya memberitahu mahu minum racun kerana putus cinta. Dia cuba menghalang tetapi rakannya masuk ke kawasan kebun berhampiran dipercayai untuk minum racun menyebabkan dia ketakutan lalu melarikan diri meninggalkan rakannya itu,” katanya pada sidang media di Balai Polis Nilai di sini, hari ini.
Katanya, keterangan saksi terbabit melengkapkan siasatan berhubung kes kematian remaja terbabit yang sebelum ini didakwa dipaksa minum racun oleh sekumpulan pelajar lain.
Beliau berkata, siasatan masih diteruskan dan pihaknya akan memanggil ibu bapa mendiang untuk memberi keterangan mengikut Seksyen 111 Akta Kanun Prosedur Jenayah.
Sumber: Harian Metro
Sumber Rupanya bukan dipaksa, kawan baik dedah remaja lelaki minum racun kerana putus cinta
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2p1fJ7i
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment