Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Saya terpaksa berehat daripada berlakon kerana sakit saraf leher” – Aaron Aziz - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Saya terpaksa berehat daripada berlakon kerana sakit saraf leher” – Aaron Aziz

Perlakon Aaron Aziz akui terpaksa berehat seketika daripada aktiviti lakonan kerana mengalami masalah sakit saraf ‘cervical facet arthritis’ di bahagian leher.

"Saya terpaksa berehat daripada berlakon kerana sakit saraf leher" - Aaron Aziz

“Saya terpaksa berehat daripada berlakon kerana sakit saraf leher” – Aaron Aziz

Menurut Aaron, akibat daripada masalah itu dia mengalami kesukaran untuk berdiri dan duduk dalam tempoh waktu yang lama.

“Saya pernah mengalami masalah yang sama ketika menjalani penggambaran filem Suamiku Encik Perfect 10 dan baru-baru ini ia menyerang kembali selepas saya mengangkat anak bongsu, Dahlia ketika bermain dengannya.

“Saya tersalah angkat dan sakit itu datang semula. Saya sudah ke hospital dan doktor memaklumkan ada saraf terperangkap di celah tulang belakang bahagian leher.

“Jika berdiri atau duduk selama sejam sakit itu akan datang semula. Selepas baring, barulah saya berasa lega.

“Doktor juga menasihatkan saya supaya lebih banyak berbaring serta tidak mengangkat benda berat dan melakukan senaman lasak sehingga saya pulih sepenuhnya,” katanya.

Tambah Aaron, ketika pertama kali mengalami masalah itu, dia terpaksa berehat selama lapan bulan.

Pada 2013, Aaron pernah terbabit dalam kemalangan ketika penggambaran program realiti TV Fear Factor Malaysia.

Selain itu, dia juga pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital akibat kecederaan ketika penggambaran. 

Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi

Sumber: Harian Metro Online

Via: Astro Gempak



Sumber “Saya terpaksa berehat daripada berlakon kerana sakit saraf leher” – Aaron Aziz

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qqOmDQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.