Hi! Welcome Back and Stay Tune! 15 Kesilapan Patut Dihindari Untuk Mendapatkan Rambut Sihat Bersinar! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

15 Kesilapan Patut Dihindari Untuk Mendapatkan Rambut Sihat Bersinar!

Kecantikan wanita dilihat dari pelbagai sudut. Dari segi kecantikan muka, penampilan pakaian, malah penampilan rambut juga. Bak kata orang, rambut itu mahkota wanita. 
Mari sama-sama semak kesalahan yang seringkali dilakukan wanita dalam penjagaan rambut.
Kesalahan 1. Salah dalam pemilihan syampu.
Pemilihan syampo sangat penting dalam penjagaan rambut. Hindari kesan yang merosakkan rambut, pastikan syampu dipilih mengikut jenis rambut anda. 


Kesalahan 2. Mencuci rambut terlalu kerap atau tidak cukup kerap.
Seeloknya rambut dicuci mengikut keperluan individu, iaitu bergantung kepada jenis rambut dan kualiti air yang digunakan. Jika rambut jenis berminyak, adalah digalakkan untuk mencuci rambut sekali dalam setiap dua hari.
Kesalahan 3. Cara pemakaian syampu yang salah.
Sikat rambut anda dengan sesungguhnya sebelum mencuci rambut. Kuantiti syampu yang patut digunakan pula bergantung kepada panjang rambut anda. Hati-hati, jangan gunakan terlalu banyak syampo. Buat cubaan kecil untuk melihat sejauh mana sesuainya dengan rambut anda. Letak syampu di tapak tangan, gosok syampu sehingga buih terbentuk. Kemudian sapu syampu di akar rambut. Gunakan pergerakan mengurut, pastikan hanya hujung jari yang menyentuh kulit kepala (bukannya dengan kuku, kerana akan cenderung untuk menggaru). Teruskan mengurut sepanjang cucian - ia bagus untuk akar rambut.
Kesalahan 4. Terlupa untuk melembapkan dan menutrienkan rambut.
Rambut cepat kehilangan lembapan. Anda boleh gunakan balm khas dan mask rambut untuk mengatasi masalah ini. Tetapi pastikan produk ini tidak akan merosakkan rambut jenis kamu. Gunakan balm samada berselang-seli dengan syampo atau sebaik sahaja membilas rambut. Cara yang betul untuk memakai balm rambut ialah meratakannya disepanjang rambut, dan elakkan menggosoknya mengenai kulit.
Untuk Mask rambut,  anda tidak sepatutnya menggunakan lebih dari sekali seminggu.

Kesalahan 5. Suhu air yang salah.
Kebanyakan orang menggunakan air panas secara melampau semasa mencuci rambut mereka. Ia kesalahan yang serius. Air panas akan menghilangkan warna rambut dan mengaktifkan kelenjar peluh dan minyak. Secara idealnya, anda sepatutnya menggunakan air suam atau suam-suam kuku - ini akan menolong melarutkan rembesan minyak dari  kalenjar peluh, membuang kekotoran, dan melancarkan perjalanan darah.
Adalah bagus jika dapat menyiapkan prosedur rawatan rambut anda di dalam air sejuk atau mandian sejuk - pengakhiran sebegini akan merangsang perjalanan darah di akar rambut dan menjadikan rambut lebih licin dan bersinar.
Kesalahan 6.  Mengeringkan rambut dengan tuala.
Selepas mencuci rambut, buang air dari akar rambut ke hujung rambut dengan tuala. Jangan ikat tuala disekeliling kepala anda - ia akan merosakkan folikel rambut. 
Jika perlu mengeringkan rambut dengan cepat, gunakan T-shirt dari kapas dan bukannya tuala. 
Kesalahan  7. Menyikat rambut dengan kuat dan kerap.
Menyikat rambut dengan berlebihan boleh menjadikan rambut terlebih tegang atau merapuh. Jangan sikat rambut anda sejurus selepas dicuci. Tunggu sehingga sedikit mengering, kemudian dengan perlahan asing-asingkan helaian rambut dengan jemari anda. Kemudian barulah boleh disikat. Pastikan rambut disikat menggunakan sikat rambut bergigi jarang.  Mula menyikat dari hujung, kemudian perlahan-lahan sikat dari akar. 
Kesalahan 8. Kekerapan menggunakan produk penggayaan rambut. 
Pengering rambut, seterika penggaya rambut, dan alat elektrik lain yang berkaitan akan menyebabkan rambut kehilangan lembapan, menjadikan ia kering dan rapuh.  Jika tidak dapat tidak menggunakan penggayaan rambut yang kerap, jangan lupa untuk sapukan spray pelindung haba sepanjang rambut sebelum rambut digayakan.


Kesalahan 9. Penyalahgunaan pengering rambut. 
Penggunaan pengering rambut yang salah boleh merosakkan rambut. Berikut langkah-langkah yang akan membantu anda mengelakkan kesilapan:
Mula-mula, keringkan rambut dengan tuala. Ambil muncung yang leper dan sambungkan pada pengering rambut. Keringkan rambut dari akar ke hujung,  pastikan hujung pengering  diletakkan dihujung rambut.  Ketika rambut masih basah, adalah ok jika menggunakan suhu yang tinggi. tetapi secara perlahan turunkan suhu pengering rambut untuk mengelakkan rambut terlampau kering. 
Nasihat penting - Semasa membeli pengering rambut, beli yang mempunyai setting suhu. 
Di akhir prosedur, gunakan suhu sejuk untuk merawat rambut anda. 
Kesalahan 10. Diet pemakanan tidak sihat. 
Diet pemakanan yang teruk dan tidak seimbang serta jadual pemakanan yang tidak sihat akan membantutkan bekalan vitamin dan mineral kepada manusia.  Jika ia menjadi amalan anda, lupakanlah untuk mempunyai rambut yang cantik dan bersinar!
Pastikan sentiasa memasukkan sumber protin daripada haiwan dalam pemakanan seharian anda. 
Satu lagi komponen penting untuk rambut adalah zink. Untuk mengelakkan kekurangan zink, sila pastikan telur, hasil laut, avocado atau prun dimasukkan dalam makanan seharian anda.  
Jangan lupa iron dan kalsium! Anda boleh dapatinya dari ikan, hati dan kekacang.
Kesalahan 11. Tidak menjaga kesihatan.
Dalam sesetengah kes, kemerosotan rambut yang cepat atau kehilangan rambut mungkin menandakan penyakit yang serius.  Ini termasuklah masalah gastrointestinal track (masalah usus, masalah kalenjar thyroid, masalah hormon, stress dan diabetis.  Badan kita berkerja dengan cara rambut merupakan organ terakhir yang menerima nutrien. Oleh itu masalah rambut menunjukkan masalah pada organ yang lain.  Jika ada masalah, silalah rujuk kepada pakar. 


Kesalahan 12. Tidak hirau tentang pemakaian topi.
Topi akan memberi perlindungan kepada rambut daripada matahari. Semasa memilih topi pastikan ia selesa dipakai, dan tidak ketat atau terlalu longgar. 
Bagi wanita muslim pula, pemakaian hijab sudah cukup untuk melindungi rambut.
Kesalahan 13. Tidak mencuci sikat  anda.
Sikat perlu dicuci dalam air suam paling kurang sekali seminggu . juga jangan lupa untuk menukar sikat lama secara berkala. 
Kesalahan 14. Tidak memotong rambut
Adalah penting untuk memotong sedikit rambut anda sekali dalam dua bulan . Dengan memotong hujung rambut, ia mengelakkan daripada rambut pecah. 
Kesalahan 15. Tidur dengan rambut terbuka
Jika rambut anda dalam kepanjangan yang panjang ke sederhana, anda sepatutnya mendandan rambut anda, atau memusingnya, sebelum masuk tidur. Ini akan mengelakkan ia daripada menjadi kusut dan serabai. Hasilnya - anda tidak memerlukan masa yang lama untuk bersiap esok harinya. 


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rIQecn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.